About

Friday 28 June 2019

PROGRAM BESKAL ( Berbasikal Bersama Komuniti Menyelesaikan Isu Sosial )

Sedang berlangsung sekarang Program BESKAL (Berbasikal Sambil Menyelesaikan Isu Sosial) kali ke-2/2019. Kali ini, Kampung Datuk Seri Kamaruddin (KDSK) , Seri Manjung menjadi lokasi tinjauan. Program anjuran Majlis Perbandaran Manjung bersama MPKK Kampung Dato Seri Kamaruddin. Program berbasikal disertai seramai 40 orang diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh, Setiausaha, Tuan Mohd Helmi Bin Arifin, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon Seri Manjung Tuan Haji Abdull Hamid Bin Abdul Majid, Tuan Haji Badrul Bin Bulat dan Tuan Syed Najib Bin Syed Aziz
dan Ketua-Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, Penguatkuasaan, Pembangunan Komuniti dan Sosial, serta kakitangan Jabatan yang lain serta Ahli Jawatankuasa MPKK. Program turun padang pada waktu malam bagi melihat masalah yang mengaburi mata komuniti awam pada waktu siang hari seperti lampu jalan tidak berfungsi, aktiviti-aktiviti tidak sihat yang tidak menonjol di siang hari. Semoga usaha murni ketua jabatan dan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung yang bekerja tanpa mengira masa dapat memberi impak yang baik untuk menjadikan Manjung Bandar Selamat untuk diduduki dan mesra rakyat.


 Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 











Wednesday 26 June 2019

TOWN HALL MEETING YANG DIPERTUA BERSAMA PENIAGA PASAR AWAM AYER TAWAR

Sedang berlangsung Program Perjumpaan Awam Perbandaran "Town Hall Meeting" Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Bersama Peniaga-Peniaga Pasar Awam Ayer Tawar bertempat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ayer Tawar. Majlis dihadiri dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Ngeh Koo Ham, Speaker DUN Perak merangkap Ahli Parlimen Beruas, Tuan Mohd Helmi Bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon Ayer Tawar, Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Manjung dan peniaga-peniaga Pasar Awam Ayer Tawar. Program dialog dan kerjasama dua hala yang bertujuan untuk mencari titik persefahaman diantara Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti setempat didalam menyelami isu dan masalah yang menyelubungi komuniti serta pelan tindakan mengatasinya. Program ini adalah platform untuk memberi ruang dan insentif kepada komuniti (peniaga-peniaga Pasar Awam) Ayer Tawar dengan bersemuka secara terus dengan kepimpinan peringkat tertinggi Majlis Perbandaran Manjung dengan memberi cadangan, aduan masalah dengan harapan mendapat maklumbalas positif daripada pihak yang berkaitan bagi kelancaran penyelesaian isu. Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik diantara Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








Monday 24 June 2019

PROGRAM MATEMATIK PADU

Sedang berlangsung sekarang Program "Syoknya Matematik Padu" di Dewan Alamanda, Majlis Perbandaran Manjung. Program anjuran Majlis Perbandaran Manjung bersama Akademi Syoknya Cikgu Atik. Majlis dirasmikan oleh Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Seramai 60 orang pelajar telah hadir terdiri daripada anak-anak kakitangan Majlis Perbandaran Manjung berusia 10 tahun hingga 12 tahun. Aktiviti latih tubi matematik diterapkan pada program selama 4 jam. Sesi bersama ibubapa dan pelajar diakhir program, cikgu atik memberi rumusan pencapaian pelajar-pelajar berasas pada "mini exam" yang diadakan. Pengukuhan asas telah tercapai pada program kali pertama ini.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Saturday 22 June 2019

"Program Kempen Menanam Pokok 2019" - KAMPUNG BARU KPG JERING

Sedang berlangsung "Program Kempen Menanam Pokok 2019" di perkarangan Dewan Meihua Kampung Baru Kampung Jering, Ayer Tawar. Sebanyak 40 unit pokok jenis Felicium Decipiens (Kiara Payung) ditanam bagi menambah kecantikkan dan memperindahkan kawasan taman dan persekitaran. Tuan Yang Dipertua Majlis Encik Syamsul Hazeman Bin Md Salleh telah turun padang bagi mengetuai dan merasmikan program yang julung kali diadakan di lokasi ini yang turut disertai oleh Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 17 Encik Lau Cheong Loong dan Encik Tiang Ming Hoo, Encik Rozi Bin Dahalan Ketua Unit Lanskap, Encik Mohamad Shukri Bin Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, staf Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Perbandaran, Persatuan Penduduk Kampung Baru, Kampung Jering dan komuniti setempat seramai 80 orang yang turut serta menjayakan prospek kerjasama gotong royong ini. Semoga usaha dan keringat yang menitis ini bakal mewujudkan nilai tambah keceriaan kepada persekitaran bandar dan taman perumahan komuniti perbandaran.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





Friday 21 June 2019

21 Jun 2019 (Jumaat), Sekolah Kebangsaan Pantai Remis (SKPR) menganjurkan Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 1440 H Bersama 3 Rakan Strategik Sekolah yang dianggotai oleh Majlis Perbandaran Manjung, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) yang berlangsung di perkarangan kompleks sekolah. Majlis Perbandaran Manjung menghantar 3 orang wakil di ketuai oleh Encik Mohamad Sharil Bin Salihan, Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial mewakili bagi pihak Yang Dipertua Majlis, Pengurus Puan Chew dan 2 orang pegawai wakili BSN Cawangan Ipoh dan Pengurus serta 2 orang pegawai mewakili Agrobank Cawangan Pantai Remis sebentar tadi menambah keceriaan suasana sambutan majlis hari raya yang dihadiri oleh 31 orang guru, 6 orang AJK PIBG SKPR, 5 orang kakitangan sekolah, 5 orang kakitangan swasta dan 345 pelajar sekolah. Majlis ramah mesra hari raya diisi dengan program menyantuni 11 orang pelajar anak yatim dengan penyampaian barangan keperluan asas projek ERAT Majlis Perbandaran Manjung, RM50 seorang dalam bentuk akaun simpanan BSN, Insuran Berkelompok Takaful Agrobank, sumbangan wang tunai TNB Janamanjung dan sumbangan tunai peribadi Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Turut diselitkan majlis perpisahan guru Puan Norizan Binti Bidin yang akan bertukar setelah menabur bakti selama 18 tahun di SKPR. Semoga usaha murni 3 rakan strategik SKPR dan suntikan gigih Guru Besar Encik Che Azhar Bin Ahmad dan warga guru berwibawa SKPR dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan terbilang di masa depan.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








Saturday 15 June 2019

Bertempat di SJK (C) UK DIH, Jalan Lekir, Kampung Koh berlangsung pagi ini program gotong royong Majlis Perbandaran Manjung bersama guru dan PIBG sekolah bagi kerja-kerja mencantas dahan pokok yang boleh mengundang bahaya kepada pelajar, guru dan komuniti yang melalui jalan dan sekitar kawasan sekolah tersebut. Seramai 5 orang kakitangan Jabatan Landskap menjalankan tugasan pada hari ini. Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Encik Muniandy A/L Kulasegaran juga turut hadir.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Sosial, Majlis Perbandaran Manjung




Monday 3 June 2019

PROGRAM EDAR RISALAH WABAK DENGGI & SANTUNI KOMUNITI SETEMPAT

Pada 2 Jun 2019 (Ahad), telah berlangsung petang kelmarin di Bazaar Ramadan Batu 10, Lekir Program mengedar risalah kesedaran tentang wabak denggi kepada komuniti setempat. Program anjuran Majlis Perbandaran Manjung dan Jawatankuasa Penduduk Zon 11, Lekir dan Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK) Kampung Batu 10 dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Manjung. Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 mengetuai program tersebut. Program ini bukan sahaja untuk menghapuskan denggi malah memberi ruang untuk mengeratkan hubungan kejiranan dan memperkasakan komuniti supaya boleh bertindak tanpa mengharap agensi kerajaan sahaja. Selain itu diselitkan juga program menyantuni komuniti setempat dengan mengagihkan 250 paket bubur jagung yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Manjung untuk diagihkan kepada orang ramai di tapak bazaar ramadan tersebut.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung