About

Saturday 1 June 2019

MAJLIS BERBUKA PUASA 2019 : MPM BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT - SURAU AN NUR, FASA 1D, SERI MANJUNG

Surau An Nur Fasa 1D, Seri Manjung sebentar tadi telah berlangsung Program terakhir Majlis Berbuka Puasa Majlis Perbandaran Manjung Bersama Komuniti bagi tahun 2019. Program sebentar tadi telah dihadiri oleh Penolong Pegawai Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung Encik Mohamad Ismail Bin Ibrahim dan komuniti setempat. Semoga usaha murni yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Manjung sepanjang 9 program yang berlangsung di setiap lokasi didalam Daerah Manjung selama sebulan di bulan Ramadan yang mulia ini dengan mengimarahkan masjid dan surau akan dapat membuahkan hasil didalam mengeratkan hubungan baik Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti Majlis Perbandaran.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

0 Comments:

Post a Comment