About

Wednesday 26 June 2019

TOWN HALL MEETING YANG DIPERTUA BERSAMA PENIAGA PASAR AWAM AYER TAWAR

Sedang berlangsung Program Perjumpaan Awam Perbandaran "Town Hall Meeting" Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Bersama Peniaga-Peniaga Pasar Awam Ayer Tawar bertempat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ayer Tawar. Majlis dihadiri dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Ngeh Koo Ham, Speaker DUN Perak merangkap Ahli Parlimen Beruas, Tuan Mohd Helmi Bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon Ayer Tawar, Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Manjung dan peniaga-peniaga Pasar Awam Ayer Tawar. Program dialog dan kerjasama dua hala yang bertujuan untuk mencari titik persefahaman diantara Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti setempat didalam menyelami isu dan masalah yang menyelubungi komuniti serta pelan tindakan mengatasinya. Program ini adalah platform untuk memberi ruang dan insentif kepada komuniti (peniaga-peniaga Pasar Awam) Ayer Tawar dengan bersemuka secara terus dengan kepimpinan peringkat tertinggi Majlis Perbandaran Manjung dengan memberi cadangan, aduan masalah dengan harapan mendapat maklumbalas positif daripada pihak yang berkaitan bagi kelancaran penyelesaian isu. Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik diantara Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








0 Comments:

Post a Comment