About

Friday 25 November 2022

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT INISIATIF KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) CAWANGAN TELUK INTAN MEMUPUK KELESTARIAN ALAM SEKITAR

 26 November 2022 (Sabtu), Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut menerima kunjungan 60 orang pegawai dan anggota KWSP Cawangan Teluk Intan dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat bagi memupuk kesedaran awam terhadap kelestarian alam sekitar.

Program berkenaan anjuran KWSP Teluk Intan dibawah pimpinan Tuan Daumi Nasran Salleh selaku Ketua Cawangan KWSP Teluk Intan telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung.
Objektif program bagi memberi kesedaran kepada masyarakat awam terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar yang mampu memberi impak positif kepada komuniti tempatan dan pelancong untuk bersama-sama mengekalkan keindahan semulajadi pantainya sebagai satu daya tarikan pelancongan yang berkekalan.
Alang-alang melaksanakan program "family day" pihak KWSP Cawangan Teluk Intan telah memperuntukkan masa selama 2 jam dengan membantu menyemai semangat kerjasama dikalangan anggota secara bergotong-royong, memupuk kualiti hidup sihat dan meningkat kesejahteraan serta mengkomersialkan keindahan pantai Teluk Senangin melalui kempen pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Sekalung penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti KWSP Cawangan Teluk Intan yang memupuk kelestarian alam sekitar di daerah Manjung.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Friday 11 November 2022

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT INISIATIF KOLEJ COSMOPOINT IPOH DAN UNIVERSITI ANTARABANGSA CAWANGAN IPOH MEMUPUK KELESTARIAN ALAM SEKITAR

 12 November 2022 (Sabtu), Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut menerima kunjungan 42 orang siswa/siswi dan pensyarah dari Kolej Cosmopoint Ipoh dan Universiti Antarabangsa Cawangan Ipoh dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat bagi memupuk kesedaran awam terhadap kelestarian alam sekitar.

Program berkenaan anjuran Kolej Cosmopoint dibawah pimpinan Puan Aida Syakila Sapi'i telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung.
Objektif program bagi memberi kesedaran kepada masyarakat awam terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar yang mampu memberi impak positif kepada komuniti tempatan dan pelancong untuk bersama-sama mengekalkan keindahan semulajadi pantainya sebagai satu daya tarikan pelancongan yang berkekalan.
Walaupun dalam kesibukan sempena Pilihanraya Umum ke-15, Kolej Cosmopoint dan Universiti Antarabangsa Cawangan Ipoh telah membuka lembaran baru dengan membantu menyemai semangat kerjasama bergotong-royong, kualiti hidup sihat dan meningkat kesejahteraan serta mengkomersialkan keindahan pantai Teluk Senangin melalui kempen pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Sekalung penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti Kolej Cosmopoint Ipoh dan Universiti Antarabangsa (UNITAR) Cawangan Ipoh.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung