About

Sunday 24 July 2022

PROGRAM PLOGGING - "PLANET LITTLE HELPER" UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SANTUNI PENGUNJUNG PANTAI

 PROGRAM PLOGGING - "PLANET LITTLE HELPER" UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SANTUNI PENGUNJUNG PANTAI.

24 Julai 2022 (Ahad), pantai peranginan Teluk Senangin terus menjadi lokasi tumpuan untuk program "plogging" dan kali ini Kelab Rotaract, Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 Majlis Perbandaran Manjung.
Dengan kekuatan seramai 72 orang tenaga pelajar yang masih muda dan bertenaga menyusuri sepanjang pantai tersebut dengan keringat bagi memupuk para peserta untuk mencintai kelestarian alam sekitar dengan harapan amalan seperti dalam program ini menjadi budaya dalam kehidupan para peserta dan para pengunjung pantai.
Objektif program adalah bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersama-sama menjaga kebersihan pantai kerana pantai adalah milik semua.
Pada program yang sama pihak Kelab Rotaract turut berbesar hati untuk memasang papan tanda kesedaran bagi mengingatkan pengunjung pantai tentang tanggungjawab menjaga kebersihan pantai adalah tanggungjawab bersama.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Universiti Teknologi Petronas.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







PROGRAM GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN PEMBIAKAN AEDES ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA MAJU, SITIAWAN.

 PROGRAM GOTONG-ROYONG PENCEGAHAN PEMBIAKAN AEDES ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA MAJU, SITIAWAN.

24 Julai 2022 (Ahad), Persatuan Penduduk Taman Desa Maju, Sitiawan berkolaborasi bersama Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam program gotong-royong melupuskan sampah yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes di Taman Desa Maju, Sitiawan.
Turut hadir ialah Encik Hamdan bin Mohamed, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 10 (Sitiawan) iaitu "area officer" bagi zon tersebut.
Program gotong-royong tersebut juga mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar dan juga pasukan Penyelenggaraan Pokok, Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung yang telah menebang dua pokok kelapa yang membahayakan keselamatan komuniti taman tersebut.
Beberapa kawasan pembiakan jentik-jentik juga berjaya dimusnahkan bagi membasmi pembiakan nyamuk untuk mengekang ancaman kepada kesihatan komuniti setempat.
Objektif program ini diadakan untuk membasmi kawasan pembiakan nyamuk Aedes dan mewujudkan persekitaran komuniti yang bersih dan terhindar daripada wabak denggi.
"Tiada Aedes, Tiada Denggi"
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










PROGRAM PLOPPP! TELUK SENANGIN : INISIATIF BERSEPADU VCEE19, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KEARAH MERIALISASIKAN AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT

 PROGRAM PLOPPP! TELUK SENANGIN : INISIATIF BERSEPADU VCEE19, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KEARAH MERIALISASIKAN AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT.

23.7.2022 (Sabtu), pagi tadi bertempat di pantai peranginan Teluk Senangin, Lumut telah diadakan Program PLOPPP! singkatan kepada "Plogging", Pulih, Periksa dan Perkasa kearah merialisasikan 4 teras utama Agenda Nasional Malaysia Sihat melalui Promosi Pembudayaan Hidup Sihat dan Kebersihan Persekitaran kearah memupuk budaya hidup sihat dan budaya kebersihan persekitaran untuk kesejahteraan rakyat.
Program adalah anjuran daripada Volunteers Community for Engagement and Empowerment for COVID-19 (VCEE19), Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia (PKAM) dan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPPKAM) yang berpengkalan di Selangor telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Zainal Ariffin Omar, Pengerusi VCEE19 yang turut dihadiri oleh Puan Dr. Siti Nurbaya Shahrir, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, Encik Mohd Hafize Abu Hassan, Penolong Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung dan Puan Hellina Ahmad Kamil, Unit Pembangunan Pelajar Universiti Teknologi Petronas dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.
Pelbagai acara menarik diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pengunjung pantai Teluk Senangin melalui aktiviti membersih persisiran pantai, pertandingan mengutip puntung rokok sempena Hari Tanpa Tembakau di mana sebanyak 1.94kg puntung rokok dapat dipungut pada program tersebut.
Pameran "booth" dan penerangan Generasi Penamat Rokok dan Vape oleh Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR) dan IKRAM.
Khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung pantai untuk mengesan penyakit yang tidak berjangkit dan persembahan "busker" yang menghiburkan oleh bekas perenang kanak-kanak adik Nayli Abdul Razak yang merentasi Selat Dinding daripada Pulau Pangkor ke Marina Island pada tahun 2018 dahulu.
Serta tidak ketinggalan penyerahan sumbangan pengurusan jenazah kepada Tuan Haji Ridzuan Ahmad, Pengerusi Masjid An-Nawawi, Pengkalan Baru, Pantai Remis yang bernilai RM25,250.00.
Sekalung ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Seri DiRaja Dr. Haji Zambry Abdul Kadir, ADUN Pangkor yang turut menyumbang tajaan khemah dan peralatan untuk kelancaran program ini.
Objektif program ini adalah untuk menjadikan kesejahteraan kesihatan rakyat menggunakan pendekatan seluruh negara @ "whole of nation" melalui penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta dalam memupuk kesejahteraan kesihatan rakyat agar terus dipertingkatkan.
"Menuju Malaysia Bebas Daripada Amalan Merokok 2045"
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







Wednesday 20 July 2022

PROGRAM KERJASAMA KHIDMAT MASYARAKAT PUSPANITA SPRM DI PERSISIRAN PANTAI PASIR BOGAK, PULAU PANGKOR

 20 Julai 2022 (Rabu) telah berlangsungnya Program Kerjasama Khidmat Masyarakat Puspanita SPRM di Persisiran Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor. Program ini melibatkan sedikit penerangan berkaitan Pulau Pangkor Bebas Cukai oleh wakil MPM, simbolik penanam pokok renek spesis alamanda dengan kerjasama Unit Landskap MPM dan juga aktiviti gotong-royong membersihkan pantai.

Rombongan Puspanita SPRM adalah seramai 35 orang dan turut hadir Puan Sri Normah bt Mohd Zin selaku Pengerusi Puspanita SPRM Malaysia, Puan Razaliah Bt Ab Rahman, Pengarah SPRM Kuala Lumpur dan Datin Saliza bt Mohamad Zillah, Pengerusi Puspanita Bahagian Perisikan bersama kakitangan SPRM KL.
Pihak Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rombongan Puspanita SPRM di atas kesudian menjalankan aktiviti di kawasan pelancongan daerah Manjung. Semoga usaha dan inisiatif yang ditunjukkan menjadi contoh kepada Agensi yang lain.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






Monday 18 July 2022

PROGRAM TOWN HALLL MPM BERSAMA BEACH BOY TELUK NIPAH, PULAU PANGKOR

 PROGRAM TOWN HALLL MPM BERSAMA BEACH BOY TELUK NIPAH, PULAU PANGKOR

19 JULAI 2022 (SELASA) - Program Town Hall Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Bersama Beach Boy Teluk Nipah, Pulau Pangkor telah berlangsung pada jam 10.00 pagi.
Program ini dihadiri oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Sr. Hajah Norhayati Binti Nayan, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, En Issamudin Bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, En Mohamad Sharil Bin Salihan, Ketua Jabatan Perancang Bandar, TPr Muhamad Helmy Bin Abdul Hadi, Ketua Jabatan Bangunan, Ts. Mohd Rohaizan Bin Abd Aris, Ketua Unit Landskap, En Rozi Bin Dhalan serta Tuan Haji Asmadi Teh, Ahli Majlis MPM (Zon 1), wakil Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Encik Mohd Rizal Saimi, Pengerusi Persatuan Rekreasi Pangkor, dan penduduk Pulau Pangkor.
Tujuan program ini ialah bagi membincangkan isu berkaitan pembinaan gerai dan kiosk serta cadangan penempatan baharu beach boy di kawasan pantai Teluk Nipah.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
BAHAGIAN PELANCONGAN,
JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.







Sunday 17 July 2022

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INISIATIF SWASTA KUALA LUMPUR KEPONG (KLK) LADANG CHANGKAT CHERMIN, AYER TAWAR MEMUPUK TANGGGUNGJAWAB AWAM

 PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INISIATIF SWASTA KUALA LUMPUR KEPONG (KLK) LADANG CHANGKAT CHERMIN, AYER TAWAR MEMUPUK TANGGGUNGJAWAB AWAM

17 Julai 2022 (Ahad), bertempat di persisiran pantai peranginan Teluk Senangin, Lumut telah diadakan program gotong-royong membersih persisiran pantai daripada sampah sarap dengan kerjasama dari Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3, Majlis Perbandaran Manjung.
Inisiatif ini adalah daripada kakitangan KLK Ladang Changkat Chermin, Ayer Tawar yang sempat untuk meluangkan masa selama 3 jam untuk sesi bergotong-royong terlebih dahulu sebelum aktiviti riadah perkelahan bersama kakitangan diadakan.
Sikap tanggungjawab yang harus dipuji kerana masih memiliki nilai keprihatinan yang tinggi untuk menjaga, memelihara dan memulihara kawasan pantai dan alam sekitar semulajadi.
Sebagai manusia, apabila diri kita tertanam semangat sukarela untuk menjaga kebersihan pantai awam, itu adalah tanda kita bersyukur dan beramanah menggunakan nikmat Nya tersebut dengan sebaiknya dan memberi manfaat kepada semua.
Tindakan kita pada hari ini adalah untuk terus menjaga, memelihara dan memulihara pantai dan laut agar ianya kekal menjadi warisan pusaka bangsa.
Bayangkan apa yang akan kita tinggalkan kepada generasi akan datang jika tiada tindakan yang dilakukan sekarang.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.






Sunday 3 July 2022

MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN 2022 PERSATUAN PENDUDUK FASA 2C, SERI MANJUNG IMEJ KOMUNITI SEJAHTERA TERBAIK

 MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN 2022 PERSATUAN PENDUDUK FASA 2C, SERI MANJUNG IMEJ KOMUNITI SEJAHTERA TERBAIK

2 Julai 2022 (Sabtu) - Bertempat di Dewan Komuniti Fasa 2C, Seri Manjung telah dilangsungkan Program Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Penduduk Fasa 2C bagi kali yang ke-tiga semenjak penubuhan Persatuan Penduduk Fasa 2C pada tahun 2018.
Taman Fasa 2C diwujudkan pada tahun 15 Ogos 1996 di kawasan perbandaran Majlis Perbandaran Manjung dengan jumlah kediaman sebanyak 259 unit tidak termasuk Taman Fasa 2C Tambahan yang dibina bersebelahan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Azri bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor yang mewakili YB Dato' Seri Diraja Dr.Haji Zambry bin Abdul Kadir.
Dalam ucapan beliau melahirkan kekaguman dan mengucapkan penghargaan diatas keaktifan persatuan ini menjalankan aktiviti membantu dan cakna komuniti dalam tempoh Pandemik Covid-19 sehinggalah kini.
Keakraban antara penduduk dan semangat muafakat untuk memajukan komuniti setempat telah mencatat nama persatuan ini sebagai pemenang Anugerah Komuniti Sejahtera
Terbaik
di dalam Anugerah Apreasiasi Majlis Perbandaran Manjung bagi tahun 2021.
Semoga usaha yang murni membuahkan nilai yang baik kearah kemakmuran komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








PROGRAM SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI PERAK ANJURAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 PROGRAM SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI PERAK ANJURAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

2 Julai 2022 (Sabtu) - Padang Astaka, Sitiawan menjadi lokasi program Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Perak 2022.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau kerajaan negeri Perak.
Turut hadir ialah YB Dato' Ngeh Khoo Ham, Ahli Parlimen Beruas, YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, YB Dato' Haji Azri Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor yang mewakili YB Dato' Seri Diraja Dr. Haji Zambry Abdul Kadir, ADUN Pangkor, Puan Dr. Ummi Kalthom Shamsuddin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Negeri) , Tuan Dr. Asraf Ahmad Qamruddin, Pegawai Kesihatan Daerah, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung dan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 8, Zon 9 dan Zon 15.
Program peringkat negeri Perak tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuklah Perarakan Jalan Kaki 5000 langkah, pertandingan mewarna/melukis poster bagi kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan dan saringan peka percuma B40, pameran booth interaktif denggi oleh seluruh PKD negeri Perak, pengenalan COMBI daerah Manjung, pameran kerjaya Marine UniKL, jualan makanan Persatuan Food Truck Manjung, Kaunter Bergerak Majlis Perbandaran Manjung dan program tukar barangan kitar semula kepada barangan keperluan asas bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Majlis Perbandaran Manjung.
Objektif program adalah bagi meningkat kesedaran dikalangan komuniti terhadap bahaya demam denggi, pendidikan dan khidmat nasihat berkaitan aktiviti pencegahan dan kawalan berterusan yang perlu diamalkan oleh komuniti dan yang paling utama memupuk rasa kekitaan @ ownership komuniti untuk proaktif bagi mencegah denggi di kawasan kejiranan.
"...Kejiranan bersih, Bebas Aedes..Tiada Aedes Tiada Denggi..."
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR INISIATIF BOMBA UNTUK KESELAMATAN KOMUNITI DI KAWASAN PANTAI PERANGINAN DAERAH MANJUNG

 PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR INISIATIF BOMBA UNTUK KESELAMATAN KOMUNITI DI KAWASAN PANTAI PERANGINAN DAERAH MANJUNG

2 Julai 2022 (Sabtu) - Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut menjadi lokasi ke-tiga yang dilengkapi dengan "LiSA" (Life Saving Applience) selepas Pantai Peranginan Pulau Pangkor dan Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut.

Inisiatif yang disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah sebagai langkah tambahan keselamatan pengunjung di pusat perkelahan dan peranginan di persisiran pantai tambahan pula di daerah Manjung yang memiliki pantai peranginan dan perkelahan yang menjadi tumpuan awam.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ts. Tuan Ahmad Izram Osman, Yang Setia (YS) Timbalan Pesuruhjaya Bomba Negeri Perak, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM.
Turut menghadiri ialah Tuan Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Azmi Osman, YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Negeri Perak, Penolong-Penolong Pengarah JBPM Negeri Perak, Ketua Zon 3 JBPM Manjung dan anggota seluruh JBPM Negeri Perak.
Peti LiSA yang mengandungi peralatan seperti pelampung, jaket keselamatan, 'throw bag rope' dan dilengkapi siren boleh digunakan oleh pengunjung pantai sebagai langkah bantuan awal kepada kemalangan lemas yang menimpa pengunjung di persisiran pantai.
Objektif program kesedaran di air ini ialah tentang kegunaan dan penggunaan alat keselamatan "LiSA" kepada orang awam dan pengunjung perlu peka dan mengingati kepentingan keselamatan semasa menjalankan aktiviti di air.
Amat diharapkan pengunjung pantai dapat mengelakkan sebarang bentuk vandalisme dan kerosakan lain kerana peti inovasi itu adalah milik awam dan amat diperlukan sewaktu memerlukan.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung