About

Sunday 24 July 2022

PROGRAM PLOPPP! TELUK SENANGIN : INISIATIF BERSEPADU VCEE19, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KEARAH MERIALISASIKAN AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT

 PROGRAM PLOPPP! TELUK SENANGIN : INISIATIF BERSEPADU VCEE19, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KEARAH MERIALISASIKAN AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT.

23.7.2022 (Sabtu), pagi tadi bertempat di pantai peranginan Teluk Senangin, Lumut telah diadakan Program PLOPPP! singkatan kepada "Plogging", Pulih, Periksa dan Perkasa kearah merialisasikan 4 teras utama Agenda Nasional Malaysia Sihat melalui Promosi Pembudayaan Hidup Sihat dan Kebersihan Persekitaran kearah memupuk budaya hidup sihat dan budaya kebersihan persekitaran untuk kesejahteraan rakyat.
Program adalah anjuran daripada Volunteers Community for Engagement and Empowerment for COVID-19 (VCEE19), Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia (PKAM) dan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPPKAM) yang berpengkalan di Selangor telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Zainal Ariffin Omar, Pengerusi VCEE19 yang turut dihadiri oleh Puan Dr. Siti Nurbaya Shahrir, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, Encik Mohd Hafize Abu Hassan, Penolong Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung dan Puan Hellina Ahmad Kamil, Unit Pembangunan Pelajar Universiti Teknologi Petronas dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung dan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung.
Pelbagai acara menarik diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pengunjung pantai Teluk Senangin melalui aktiviti membersih persisiran pantai, pertandingan mengutip puntung rokok sempena Hari Tanpa Tembakau di mana sebanyak 1.94kg puntung rokok dapat dipungut pada program tersebut.
Pameran "booth" dan penerangan Generasi Penamat Rokok dan Vape oleh Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR) dan IKRAM.
Khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung pantai untuk mengesan penyakit yang tidak berjangkit dan persembahan "busker" yang menghiburkan oleh bekas perenang kanak-kanak adik Nayli Abdul Razak yang merentasi Selat Dinding daripada Pulau Pangkor ke Marina Island pada tahun 2018 dahulu.
Serta tidak ketinggalan penyerahan sumbangan pengurusan jenazah kepada Tuan Haji Ridzuan Ahmad, Pengerusi Masjid An-Nawawi, Pengkalan Baru, Pantai Remis yang bernilai RM25,250.00.
Sekalung ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Seri DiRaja Dr. Haji Zambry Abdul Kadir, ADUN Pangkor yang turut menyumbang tajaan khemah dan peralatan untuk kelancaran program ini.
Objektif program ini adalah untuk menjadikan kesejahteraan kesihatan rakyat menggunakan pendekatan seluruh negara @ "whole of nation" melalui penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta dalam memupuk kesejahteraan kesihatan rakyat agar terus dipertingkatkan.
"Menuju Malaysia Bebas Daripada Amalan Merokok 2045"
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







0 Comments:

Post a Comment