About

Sunday 3 July 2022

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR INISIATIF BOMBA UNTUK KESELAMATAN KOMUNITI DI KAWASAN PANTAI PERANGINAN DAERAH MANJUNG

 PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN AKTIVITI DI AIR INISIATIF BOMBA UNTUK KESELAMATAN KOMUNITI DI KAWASAN PANTAI PERANGINAN DAERAH MANJUNG

2 Julai 2022 (Sabtu) - Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut menjadi lokasi ke-tiga yang dilengkapi dengan "LiSA" (Life Saving Applience) selepas Pantai Peranginan Pulau Pangkor dan Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut.

Inisiatif yang disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah sebagai langkah tambahan keselamatan pengunjung di pusat perkelahan dan peranginan di persisiran pantai tambahan pula di daerah Manjung yang memiliki pantai peranginan dan perkelahan yang menjadi tumpuan awam.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ts. Tuan Ahmad Izram Osman, Yang Setia (YS) Timbalan Pesuruhjaya Bomba Negeri Perak, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM.
Turut menghadiri ialah Tuan Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Azmi Osman, YS Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Negeri Perak, Penolong-Penolong Pengarah JBPM Negeri Perak, Ketua Zon 3 JBPM Manjung dan anggota seluruh JBPM Negeri Perak.
Peti LiSA yang mengandungi peralatan seperti pelampung, jaket keselamatan, 'throw bag rope' dan dilengkapi siren boleh digunakan oleh pengunjung pantai sebagai langkah bantuan awal kepada kemalangan lemas yang menimpa pengunjung di persisiran pantai.
Objektif program kesedaran di air ini ialah tentang kegunaan dan penggunaan alat keselamatan "LiSA" kepada orang awam dan pengunjung perlu peka dan mengingati kepentingan keselamatan semasa menjalankan aktiviti di air.
Amat diharapkan pengunjung pantai dapat mengelakkan sebarang bentuk vandalisme dan kerosakan lain kerana peti inovasi itu adalah milik awam dan amat diperlukan sewaktu memerlukan.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








0 Comments:

Post a Comment