About

Wednesday 29 June 2022

MAJLIS RU'YAH HILAL ZULHIJJAH 1443H

 MAJLIS RU'YAH HILAL ZULHIJJAH 1443H

29 Jun 2022 (29 Zulkaedah 1443H) - Bertempat di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut telah diadakan majlis fardu kifayah iaitu Ru'yah Hilal atau mencerap anak bulan Zulhijjah bagi menetap 1 Zulhijjah bagi tahun ini.
Majlis bersejarah ini telah dihadiri oleh YBhg. Sahibus Samahah S.S Dato' Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, selaku Pengerusi Ru'yah Hilal Negeri Perak, YBHG. Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato' Haji Meor Redwan bin Mahyuddin, Orang Besar Jajahan Hilir Perak, YDH Toh Paduka Setia Dato' Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Mu'allim, YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol Dato' Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Tuan Shamsul Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah Manjung dan ketua serta wakil jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, pelajar Kolej Profesional Seri Iskandar dan orang awam.
Majlis mencerap anak bulan yang dipimpin oleh Jabatan Mufti Negeri Perak turut di sertai oleh Seksyen Geodesi, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Bahagian Ukur dan Pemetaan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) yang turut memberi faedah dan pengalaman kepada orang awam untuk melihat anak bulan dengan menggunakan peralatan yang disediakan.
Sebelum itu majlis taklimat rukyah hilal serta bacaan tahlil dan doa selamat diadakan bagi memohon keredhaan dan pertolongan Allah SWT.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









0 Comments:

Post a Comment