About

Saturday 4 June 2022

PROGRAM PENDIDIKAN DAN PEMULIHARAAN PANTAI PENDARATAN PENYU INISIATIF BADAN BUKAN KERAJAAN DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 PROGRAM PENDIDIKAN DAN PEMULIHARAAN PANTAI PENDARATAN PENYU INISIATIF BADAN BUKAN KERAJAAN DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

4 Jun 2022 (Sabtu), Bertempat di Pantai Pasir Panjang, Segari telah dilaksanakan Program Pendidikan dan Pemuliharaan Pantai Pendaratan Penyu.
Program dianjurkan oleh badan bukan kerajaan Rakan Segari, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Samudera Methodist Church dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Perikanan Negeri Perak dengan sokongan GEF-SGP UNDP dan Yayasan Hasanah yang bermula pada pukul 1.30 petang dan berakhir pada pukul 7.15 malam.
Pihak Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar (Zon 3) dan Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung telah bekerjasama bagi membekalkan keperluan logistik seperti tong sampah armroll, plastik sampah, 100 anak pokok merambong dan kayu pancang dalam program gotong-royong membersih sampah dan menanam pokok di persisiran pantai.
Seramai 71 orang peserta dari Samudera Methodist Church, 20 orang sukarelawan dari KUASA dan Rakan Segari dan anggota Majlis Perbandaran Manjung berkerjasama dalam aktiviti mengutip sampah dimana sebanyak 147.4kg sampah pelbagai jenis dapat dipungut.
Inisiatif penghijauan daerah Manjung dengan aktiviti menanam pokok persisir pantai dari jenis Merambong turut ditanam sebagai sumber makanan kepada habitat penyu selaras dengan usaha kerajaan negeri Perak yang menyokong penuh inisiatif kearah pemuliharaan alam sekitar dengan berusaha meningkatkan keberkesanan dan amalan teknologi hijau melalui strategi penanaman pokok.
Semoga lebih banyak inisiatif melalui agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan kearah pemuliharaan alam sekitar melalui program seperti ini dapat diadakan bagi merialisasikan Program Bumi Hijau Perak Darul Ridzuan 2020.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







0 Comments:

Post a Comment