About

Sunday 29 May 2022

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DAN INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SULTAN AZLAN SHAH MEDIUM BARU MENDEKATI MASYARAKAT.

 PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DAN INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SULTAN AZLAN SHAH MEDIUM BARU MENDEKATI MASYARAKAT.

28 Mei 2022 (Sabtu) - Bertempat di Teluk Senangin, Lumut telah dilaksanakan Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) dalam merencanakan perhubungan erat di antara masyarakat setempat dengan agensi kerajaan.
Program perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Azri Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor yang mewakili YB Dato' Seri DiRaja Dr.Haji Zambry Abd. Kadir yang telah menyumbang dana khas bagi menaik taraf Surau At-Taufiqiah, Teluk Senangin untuk keselesaan pengunjung pantai peranginan mengerjakan ibadah solat.
Turut hadir Puan Noor Idayu Yeop Husin, Penolong Pengarah Cawangan Khidmat Pengurusan Kewangan Jabatan Penerangan Perak dan Encik Sazeli Zakaria, Timbalan Pengarah HEP, ILKKM Perak.
Sebelum itu diadakan program gotong-royong membersih persisiran pantai yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, program menanam 50 pokok merambong untuk kelestarian habitat penyu oleh Unit Landskap dan sumbangan enam kotak makanan dari Projek ERAT dan pemeriksaan kesihatan dalam program ziarah kasih untuk enam ketua keluarga yang miskin oleh Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial.
Selain itu turut diadakan booth pameran oleh ILKKM Perak dan gotong-royong memasak bersama komuniti kampung.
Objektif program ialah bagi mendekati komuniti dan memastikan maklumat yang diperolehi tidak terhad dalam lingkungan komuniti sahaja serta memperkukuhkan lagi jaringan perhubungan disamping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
"Komuniti Lestari Masyarakat Berinformasi"
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









0 Comments:

Post a Comment