About

Sunday 29 May 2022

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK ST.FRANCIS PEMANGKIN HUBUNGAN ERAT AGENSI DENGAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK ST.FRANCIS PEMANGKIN HUBUNGAN ERAT AGENSI DENGAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

28 Mei 2022 (Sabtu) - Sejarah Sekolah St.Francis yang terletak di Jalan Raja Omar, Sitiawan bermula sejak tahun 1955. Asalnya sekolah tersebut menumpang disebuah bangunan sementara dalam kawasan gereja Katholik. Kini sekolah tersebut merupakan Sekolah Kebangsaan bantuan kerajaan sejak tahun 1998.
Sekolah yang terkenal dalam pencapaian yang baik dari segi akedemik dan kokurikulum melalui sukan silat dan taekwando telah berjaya mengilap bakat atlet, juara dalam acara public speaking dan pidato.
Hari ini sekolah SK St.Francis menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-47 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Issamudin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial yang mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung.
Objektif program adalah bagi memupuk hubungan erat antara agensi pendidikan bersama pihak berkuasa tempatan dalam memperkasa komuniti melalui peranan ibubapa sebagai komuniti perbandaran. Selaras fungsi PIBG sebagai satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan, kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.
Pencapaian akedemik murid-murid yang baik dan sihat bakal melahirkan warga perbandaran yang berdisiplin dan bersemangat waja serta menjadi tunjang harapan perbandaran.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







0 Comments:

Post a Comment