About

Wednesday 25 May 2022

MAJLIS APRESIASI MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2021

 MAJLIS APRESIASI MANJUNGKU PERBANDARAN MAKMUR MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2021

25 Mei 2022 (Rabu) - Bertempat di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan Majlis Apresiasi Manjungku Perbandaran Makmur bagi tahun 2021.
Majlis bersejarah tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Nolee Ashilin Mohamed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak.
Turut menyerikan majlis ialah Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dan ketua jabatan serta wakil agensi kerajaan pusat, negeri dan daerah Manjung.
Majlis yang diadakan setiap dua tahun sekali adalah aktiviti Majlis Perbandaran Manjung untuk menghargai pencapaian dan penglibatan badan kerajaan, badan bukan kerajaan termasuk pihak swasta, persatuan dan individu yang telah berjaya mengharumkan dan memahat nama serta menyumbang peranan sebagai berjasa dan proaktif kepada komuniti pada tahun 2021.
Tahun 2021 adalah era dimana dunia, negara dilanda dan diuji dengan Pandemik Covid-19 tidak terkecuali juga komuniti di daerah Manjung dan sebagai menghargai peranan, sumbangan atas jasa dan rasa tanggungjawab kepada komuniti setempat pihak Majlis Perbandaran Manjung mengambil inisiatif dengan mengadakan Majlis Apresiasi 2021 yang bertujuan mengenang jasa bakti agensi, swasta dan individu yang telah berganding bahu menentang dan membendung Pandemik Covid-19 serta menyantuni komuniti perbandaran.
Selain itu, majlis ini juga digunakan untuk mengiktiraf keringat yang telah dititiskan oleh individu, kumpulan, agensi kerajaan dan swasta demi mengharumkan nama daerah Manjung dipersada negara dan daerah Manjung.
"Komuniti Sepakat Membawa Berkat"
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung"








0 Comments:

Post a Comment