About

Sunday 15 May 2022

PROGRAM KHIDMAT KEMASYARAKATAN HOSPITAL PANTAI MANJUNG DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 PROGRAM KHIDMAT KEMASYARAKATAN HOSPITAL PANTAI MANJUNG DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

14 Mei 2022 (Sabtu) - Bertempat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari sedang berlangsung Program Kemasyarakatan Sosial Korporat Hospital Pantai Manjung (PHM) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.
Program tersebut turut disertai oleh Jabatan Perikanan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIMET ) dan badan bukan kerajaan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA).
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Tuan Dr. Mohd Norfahmi Mohd Sohot, Ketua Pegawai Operasi Hospital Pantai Manjung, Tuan Albert Apollo Chan, Timbalan Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia (Negeri Perak), Tuan Ramzi Bakar, Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 24 (Segari), Puan Norul Fahezah Salehhuddin, Ketua Cawangan Pengurusan dan Pelindungan Sumber, Jabatan Perikanan Malaysia (Negeri Perak) dan Puan Saramurni Haryanti Abdul Hamid, Kouselor UniKL MIMET, Tuan Ismady Ahmad Radzuan, Timbalan Pengerusi Persatuan Aktiviti Sahabat Alam (KUASA) yang turut bergotong-royong bersama 80 orang kakitangan dan pelajar daripada agensi dan badan bukan kerajaan dalam aktiviti yang telah dirancang.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah menanam 70 anak pokok merambong yang telah disumbangkan oleh Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung, membersih sampah sarap di persisiran pantai dimana sebanyak 69.6kg sampah dapat dipungut pada program sebentar tadu dan aktiviti membersih kolam penyu.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada pengurusan Hospital Pantai Manjung (PHM), Jabatan Perikanan Malaysia (Negeri Perak), Universiti Kuala Lumpur MIMET dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) yang berkolaborasi bersama untuk pembangunan di kawasan pelancongan negeri Perak khususnya di daerah Manjung.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










0 Comments:

Post a Comment