About

Wednesday 18 May 2022

PROGRAM JIWA MURNI "UNDER WATER CLEAN UP" BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEMPENA SAMBUTAN HARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KE-88

 PROGRAM JIWA MURNI "UNDER WATER CLEAN UP" BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEMPENA SAMBUTAN HARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA KE-88

18 Mei 2022 (Rabu) - Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (Mk SPPA) TLDM, Lumut telah berkolaborasi bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung dalam aktiviti Program Jiwa Murni "Under Water Clean Up" di persisiran Sungai Dinding, Lumut sempena sambutan Hari Tentera Laut DiRaja Malaysia Ke-88.
Program yang dilangsungkan adalah inisiatif bagi menyokong hasrat pucuk pimpinan tertinggi TLDM ke arah memperkasakan hubungan dua hala bersama agensi awam dalam pemuliharaan kawasan sungai atau pantai awam daripada pencemaran alam sekitar.
Dengan kekuatan 100 orang anggota pelbagai pangkat yang bergotong-royong membersih sampah sarap di persisiran sungai dan sebahagian anggota penyelam @ divers mengutip sampah sarap yang terdapat di dalam sungai membuktikan kesungguhan anggota TLDM Markas Selam dan Peperangan Periuk Api dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada agensi awam dan orang awam amnya.
Sekalung penghargaan, tahniah dan terima kasih kepada TLDM khasnya Markas Selam dan Peperangan Periuk Api yang pertama kali memperkenalkan gotong-royong pembersihan "Under Water".
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









0 Comments:

Post a Comment