About

Monday 24 April 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN SUNGAI WANGI, AYER TAWAR


Program Gotong royong Taman Sungai Wangi Ayer Tawar telah diadakan pada 23 April 2017 Ahad. Program ini anjuran bersama Majlis Perbandaran Manjung dan Kawasan Rukun tetangga Taman Sungai Wangi. Program pembersihan kawasan persekitaran ini bertujuan untuk menceriakan 
dan memperindahkan kawasan taman serta mewujudkan persekitaran yang kondusif.







BERSIH INDAH @ SEKOLAH "PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA TAHUN 2017"


Program Gotong Royong Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan Manjung Raya Tahun 2017 telah diadakan pada 22 April 2017 sabtu jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Rasional program ini diadakan ialah sekolah yang ceria dan indah dapat dilihat daripada keadaan fizikal luar dan dalam. Fizikal luar yang bersih, indah dan ceria dapat mencerminkan identiti warganya yang mampu mencapai kegemilangan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang akademik seterusnya kokurikulum dan sahsiah.




Tuesday 18 April 2017

MASYARAKAT SAMBUT BAIK KEMPEN PERAK BERSIH

Setelah dua minggu selepas kempen Perak Yang Bersih oleh YAB Menteri Besar  Perak pada 31 Mac yang lalu, lebih 16 aktiviti berkonsepkan gotong royong pembersihan kawasan dan tanaman pokok telah dilaksanakan di Daerah Manjung oleh badan kerajaan, pihak swasta, komuniti penduduk, jawatankuasa penduduk, kawasan rukun tetangga, badan bukan kerajaan,institusi pendidikan dan juga institusi keagamaan.

Menurut Encik Mohamad Sharil bin Salihan, kempen ini dilihat semakin meresap ke dalam jiwa penduduk, khususnya di daerah Manjung ini, dimana ianya kembali melahirkan semangat sukarelawan dan kecintaan kepada keindahan kawasan yang kian pudar. Program gotong royong kini dilihat mendapat sambutan dan semakin aktif dimana ianya dilaksanakan hampir setiap minggu di kawasan perumahan dan juga kawasan pelancongan di daerah Manjung ini. Selain itu juga, terdapat agensi kerajaan dan swasta dan swasta yang melaksanakan gotong royong pembersihan kawasan di organisasi masing-masing pada hari Jumaat. Beliau berkata demikian di program rotong royong bersama lebih  lebih 80 orang penduduk Taman Fasa 2H uang melaksanakan pembersihan lorong belakang hari ini.

Pihak Majlis Perbandaran Manjung kini menggunakan pendekatan turun dan didik bagi setiap gotong royong yang dilaksanakan di kawasan perumahan. Selain membantu dari aspek logistik dan jentera, pihak turut mengadakan pameran vandalisma, kaunter pungutan bahan kitar semula dan juga aktiviti menanam dimana, pokok-pokok yang ditanam akan dipertanggungjawabkan kepada penduduk setempat untuk menjaganya.

Pihak Majlis Perbandaran Mnajung sentiasa memberikan komitmen kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjayakan sebarang bentuk aktiviti kebersihan alam sekitar dimana pihak yang berminat boleh menghubungi  Jabatan Pembangunan Manjung di Talian 05 689 8831. Pihak Majlis Perbandaran Manjung juga sentiasa menyeru kepada mana-mana pihak khususnya komuniti setempat agar meneruskan momentum ini sehingga  hasrat menghasilkan Manjungku Bersih dan Indah dapat dicapai seterusnya mnjadikan Daerah Manjung sebagai daerah terbersih di Negeri Perak.

Monday 17 April 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN FASA 2H, SERI MANJUNG


Program gotong royong Tama Fasa 2H telah diadakan pada 15 April 2017 Sabtu jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Program ini anjuran Majlis Perbandaran manjug bersama Warga Rukun Tetangga Taman Fasa 2H melalui inisiatif LA21 Bersih Indah. Aktiviti pembersihan diadakan untuk mewujudkan hubungan silaturahim yang erat dalam kalangan komuniti taman tersebut seterusnya dapat menjadikan kawasan tempat tinggal serta kawasan persekitaran taman tersebut bersi dan indah.  






Tuesday 11 April 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' IDRIS PANTAI REMIS


Program Gotong royong Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Idris Pantai Remis telah diadakan pada 8 April 2017 Sabtu jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah membersihkan kawasan persekitaran sekolah, penebangan pokok, pameran kitar semula dan pameran Manjungku Bersih dan Indah. Program ini selaras dengan inisiatif LA21 Bersih Indah.
Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebesihan , keindahan dan keceriaan serta menghaigai kemudahan yang telah disediakan.





PROGRAM GOTONG ROYONG TAMAN FASA 3B


Program gotong royong Tama Fasa 3B telah diadakan pada 8 April 2017 Sabtu jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Program ini anjuran Majlis Perbandaran manjug bersama Warga Rukun Tetangga Taman Fasa 3B melalui inisiatif LA21 Bersih Indah. Aktiviti pembersihan diadakan untuk mewujudkan hubungan silaturahim yang erat dalam kalangan komuniti taman tersebut seterusnya dapat menjadikan kawasan tempat tinggal serta kawasan persekitaran taman tersebut bersi dan indah.  





Monday 10 April 2017

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI PANTAI TELUK SENANGIN




Program Khidmat Masyarakat anjuran SMJK Ave Maria Convent, Ipoh dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 8 April 2017 (Sabtu), jam 8.00 pagi di Pantai teluk senangin. Program ini telah disertai seramai lebih 70 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan MPM. Dengan adanya program gotong royong ini ianya dapat meningkatkan lagi kebersihan pantai dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat berpasukan diantara satu sama lain





PROGRAM KEBERSIHAN PANTAI TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Program "Kebersihan Pantai Tanggungjawab Bersama" anjuran Price Soutions (Standard Chartered Group Company) dan Majlis Perbandaran Manjung telah berlangsung pada 8 April 2017, jam 11.00 pagi di Pantai Teluk Batik. Program yang berbentuk gotong-royong pembersihan pantai yang terlah disertai seramai 81 orang yang terdiri daripada anggota Price Soutions dan Majlis Perbandaran Manjung






Dengan adanya program ni, ianya dapat meningkatkan lagi kebersihan pantai dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat berpasukan diantara satu sama lain




PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MEMBERSIHKAN PANTAI TELUK SENANGIN OLEH KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH



Program Khidmat Masyarakat membersihkan Pantai Teluk senangin anjuran Kolej PolyTech Mara Ipoh dengan kerjasama Masjlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 9 April 2017 (Ahad), jam 9.00 pagi di Pantai Teluk Senangin. Program ini telah disertai lebih kurang 30 peserta yang terdiri dari pelajar kolej dan Majlis Perbandaran Manjung.


Friday 7 April 2017

SESI DIALOG SERTA PELANCARAN VISIT PERAK YEAR 2017 BERSAMA PENGUSAHA HOTEL BUDGET (MyBHA PERAK)


Program sesi dialog serta Pelancaran Visit Perak 2017 anjuran Persatuan Hotel BudgetNegeri Perak telah diadakan pada 6 April 2017 (Khamis) jam 2.30 petang di Ritz Garden Hotel (Manjung). Program ini telah dihadiri oleh peserta dari penggiat Pengusaha Hotel Budget Negeri Perak, Tourism Perak, MOTAC, Polis Daerah Manjung, wakil pihak Majlis Perbandaran Manjung dan wakil Bomba Manjung yang telah dirasmikan oleh YDH Toh Seri Bijaya, Dato Shaharudin bin Haji Nazari.




PROGRAM GOTONG ROYONG KAWASAN RUKUN TETANGGA TAMAN SAMUDERA II

                                    

Program Gotong Royong Kawasan Rukun Tetangga Taman Samudera II telah diadakan pada 7.4.2017 Jumaat pada 8.00 pagi.  Program kemasyarakatan ini selaras dengan program Local Agenda 21 (LA21) di bawah pelan tindakan bersih indah Majlis Perbandaran Manjung di bawah kebersihan alamm sekitar. Pihak Majlis mengalu-alukan usaha murni dan tindakan prihatin dalam program khidmat komuniti di kawasan daerah Manjung. 




PROGRAM GOTONG ROYONG KAMPUNG KOTA ,PULAU KABUNG, GELUNG PEPUYU DAN SEKITAR BERUAS


Program Gotong Royong Kampung Kota, Pulau Kabung, Gelung Pepuyu dan sekitar beruas telah diadakan pada 6.4.2017 Khamis pada 8.00 pagi.  Program kemasyarakatan ini selaras dengan program Local Agenda 21 (LA21) di bawah pelan tindakan bersih indah Majlis Perbandaran Manjung di bawah kebersihan alamm sekitar. Pihak Majlis mengalu-alukan usaha murni dan tindakan prihatin dalam program khidmat komuniti di kawasan daerah Manjung. 




Tuesday 4 April 2017

Kejohanan Pelayaran Majlis Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2017



Program Kejohanan Pelayaran Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2017 peringkat kebangsaan anjuran Kementeian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 17 hingga 25 Mac 2017 di Pantai Teluk Batik, Lumut.  Program telah disertai oleh 16 buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak


Dengan adanya program seperti ini, secara tidak langsung dapat mewujudkan semangat kesukanan dan menanam minat terhadap sukan yang mencabar seperti ini. Ianya juga dapat memupuk sikap semangat bekerja secara berpasukan dan mengeratkan silaturrahim diantara satu sama lain.



Monday 3 April 2017

PELANCARAN PROGRAM PERAK YANG BERSIH SERENTAK DI SELURUH NEGERI PERAK


Pelancaran program Perak yang bersih serentak di seluruh negeri Manjung telah diadakan pada 31 Mac 2017 (Jumaat), 7.30 pagi-10.00 pagi bertempat di kawasan lapang Taman Perumahan Fasa 2G, Seri Manjung. Bagi agensi dan jabatan kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, sekolah dan institusi  pendidikan, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk, Kawasan Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang tidak menyertai pelancaran program tersebut di kawasan lapang Taman Perumahan Fasa 2G, Seri Manjung mereka melakukan aktiviti pembersihan di kawasan dan agensi masing-masing betepatan dengan hasrat untuk menjadikan negeri Perak sebagai sebuah negeri yang bersih. Anggaran lebih 10,000 warga perbandaran Manjung yang telah menjayakan aktivi pembersihan ini antaranya melibatkan sekolah dan Institusi Pendidikan diseluruh daerah Manjung, warga TLDM, pasar awam, Pejabat dan klinik-klinik kesihatan,Warga Pangkor dan seluruh warga komuniti setempat. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Rashidi bin Ibrahim Ahli Dewan Undangan Kawasan Pasir Panjang.