About

Tuesday 18 April 2017

MASYARAKAT SAMBUT BAIK KEMPEN PERAK BERSIH

Setelah dua minggu selepas kempen Perak Yang Bersih oleh YAB Menteri Besar  Perak pada 31 Mac yang lalu, lebih 16 aktiviti berkonsepkan gotong royong pembersihan kawasan dan tanaman pokok telah dilaksanakan di Daerah Manjung oleh badan kerajaan, pihak swasta, komuniti penduduk, jawatankuasa penduduk, kawasan rukun tetangga, badan bukan kerajaan,institusi pendidikan dan juga institusi keagamaan.

Menurut Encik Mohamad Sharil bin Salihan, kempen ini dilihat semakin meresap ke dalam jiwa penduduk, khususnya di daerah Manjung ini, dimana ianya kembali melahirkan semangat sukarelawan dan kecintaan kepada keindahan kawasan yang kian pudar. Program gotong royong kini dilihat mendapat sambutan dan semakin aktif dimana ianya dilaksanakan hampir setiap minggu di kawasan perumahan dan juga kawasan pelancongan di daerah Manjung ini. Selain itu juga, terdapat agensi kerajaan dan swasta dan swasta yang melaksanakan gotong royong pembersihan kawasan di organisasi masing-masing pada hari Jumaat. Beliau berkata demikian di program rotong royong bersama lebih  lebih 80 orang penduduk Taman Fasa 2H uang melaksanakan pembersihan lorong belakang hari ini.

Pihak Majlis Perbandaran Manjung kini menggunakan pendekatan turun dan didik bagi setiap gotong royong yang dilaksanakan di kawasan perumahan. Selain membantu dari aspek logistik dan jentera, pihak turut mengadakan pameran vandalisma, kaunter pungutan bahan kitar semula dan juga aktiviti menanam dimana, pokok-pokok yang ditanam akan dipertanggungjawabkan kepada penduduk setempat untuk menjaganya.

Pihak Majlis Perbandaran Mnajung sentiasa memberikan komitmen kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjayakan sebarang bentuk aktiviti kebersihan alam sekitar dimana pihak yang berminat boleh menghubungi  Jabatan Pembangunan Manjung di Talian 05 689 8831. Pihak Majlis Perbandaran Manjung juga sentiasa menyeru kepada mana-mana pihak khususnya komuniti setempat agar meneruskan momentum ini sehingga  hasrat menghasilkan Manjungku Bersih dan Indah dapat dicapai seterusnya mnjadikan Daerah Manjung sebagai daerah terbersih di Negeri Perak.

0 Comments:

Post a Comment