About

Sunday 28 July 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG DAN MENANAM POKOK

Pagi ini YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Bin Md Ramli Ahli Parlimen Lumut dan YB Yahaya Bin Mat Nor ADUN Pasir Panjang turun padang ke Taman Nesa dan Kampung Deralik bagi program Gotong Royong membersih kawasan Dan Menanam Pokok.

Program gotong royong bagi membersih kawasan pembiakan nyamuk aedes untuk membasmi wabak denggi.

Selain daripada itu bagi program menanam pokok, Majlis Perbandaran Manjung turut membekalkan 60 pokok teduhan daripada jenis Podocarpus, Felicium dan Tercoma untuk program inovasi hijau di Taman Nesa dan Kampung Deralik.

Jabatan Kesihatan Dan Perkhidmatan Bandar, Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Manjung turut serta menyertai program

Semoga usaha kemasyarakatan ini dapat memupuk semangat mencintai kebersihan dan menghargai keindahan alam sekitar oleh komuniti setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

 







Thursday 18 July 2019

Sesi TownHall bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman di Bandar Lumut.
Sesi Pendengaran Awam atau Town hall berkenaan Pangkor Pulau Bebas Cukai diteruskan lagi ke Bandar Lumut bagi mendapatkan maklumbalas daripada komuniti Lumut yang terdiri daripada kumpulan peniaga, penduduk serta hotelier.
Antara perhatian dan luahan warga Lumut adalah berharap agar produk produk pelancongan baru diwujudkan di Bandar Lumut seiring limpahan kedatangan pelancong ke pulau bebas cukai Pangkor.
YB Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Seman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dalam ucapannya menyampaikan hasrat untuk terus merancakkan potensi Bandar Lumut dengan mengambil kesempatan dari pelancaran Pulau Bebas Cukai Pangkor pada tahun 2020. Pelbagai bentuk ruang dan peluang perlu diraih oleh penduduk Lumut dan kerjasama penuh akan diberikan oleh kerajaan dan badan badan kerajaan yang lain dalam memastikan manfaat ini turut dikongsi komuniti Lumut.
Menurut YDP MPM, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, dalam usaha membangunkan semula Lumut, usaha ini memerlukan input dua hala dari semua pihak khususnya warga lumut itu sendiri. Peluang dari Pelancaran Pulau Bebas Cukai Pangkor merupakan satu peluang besar untuk meningkatkan lagi potensi Lumut hasil dari limpahan pelancong yang bakal diterima nanti.
Warga Lumut seharusnya bangkit dari era suram dan berusaha mewujudkan satu suasana baru di bandar ini agar dapat seiring dengan perkembangan Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai kelak.

Bahagian Kemasyarakatan / Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




Sunday 14 July 2019

Berlangsung pagi tadi Program "Manjung Turtle Festival" di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pasir Panjang, Segari. Program dirasmikan oleh Encik Teong Duong Woon, Ahli Majlis Perbandaran Manjung merangkap Pegawai Khas Cik Wong May Ing, Exco Negeri Perak bagi Pembangunan Sahsiah, Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat yang juga ADUN kawasan Pantai Remis. Pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO turun padang bersama-sama termasuk Unit Lanskap Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Perikanan, KUASA, Youth In, Persatuan Buddies, Persatuan Penulis Manjung dan pelajar-pelajar SMK Nam Hwa, Ayer Tawar. Sempena program yang bersejarah tersebut diselitkan juga program menanam pokok Merambong sejenis pokok tumbuhan yang dipercayai menggalakkan penyu bertelur, bertindak sebagai zon penampan dan menghalang hakisan pantai serta dapat mencantikkan sekitar pantai. Rakan Alam Sekitar (KUASA), Majlis Perbandaran Manjung masing-masing menyumbang 50 dan 60 pokok merambong. Selain daripada itu 3 (tiga) daripada 4 jenis penyu di negara ini boleh didapati di Pusat Konservasi Segari, iaitu jenis penyu agar, lipas dan karah. Semoga usaha yang murni ini dapat membantu generasi akan datang mengenali penyu dan seterusnya menggalakkan industri pelancongan setempat khasnya dan negeri Perak umumnya.

Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





PROGRAM "SEMARAK KOMUNITI" 2019

"Jadikan daerah kita sebagai tempat yang bersih, selamat, selesa dan menarik..." itulah inti pati yang boleh diambil perhatian oleh jabatan kerajaan, swasta, NGO dan komuniti sepertimana yang



disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Wira Dr Hatta Bin Md Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Parlimen Lumut pada ucapan perasmian Program Semarak Komuniti 2019 anjuran Parlimen Lumut dengan kerjasama WR Event, ZDRM Music event RJ Enteraiment dan Majlis Perbandaran Manjung di Arena Square Taman Samudera. Pelbagai acara diadakan termasuk pameran kiosk jabatan kerajaan, senam robik Fit Manjung anjuran Pejabat Belia Daerah Manjung dan Majlis Perbandaran Manjung, Karnival Usahawan Belia dengan penyertaan 12 orang peniaga IKS, program derma darah dan kesihatan anjuran Hospital Daerah Manjung dan Hospital Pantai, motor show, pertandingan memasak kari ikan, teh tarik, mewarna lukisan, bayvblade, dan pelbagai lagi acara menarik yang lain. Semoga program yang dilaksanakan akan dapat mencapai aspirasi yang diharapkan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Saturday 13 July 2019

GOTONG ROYONG PENCEGAHAN DENGGI

Telah berlangsung pagi tadi di Pekan Gurney, Sitiawan. Program gotong royong dan pencegahan denggi.

Program anjuran Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 12 Encik Ling Jeng Chai dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung, Pejabat Kesihatan Daerah Manjung serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), RELA dan komuniti setempat. 

Program kebersihan bertumpu di kawasan riadah komuniti dan kawasan kedai perniagaan.

Semoga usaha dan gerak kerja yang dijalankan dapat memberi keharmonian kepada komuniti setempat.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




Friday 12 July 2019

Anugerah Kecemerlangan dan Keaktifan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JKP) 2018/2019

Sedang berlangsung pagi ini Majlis Mesyuarat Penuh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Bersama Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung Bil.7/2019. Sebentar tadi, sebelum mesyuarat dijalankan diadakan khas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Keaktifan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JKP) merangkap Ahli Majlis Perbandaran Manjung 2018/2019 Dalam Usaha Menjayakan Program Pencegahan Denggi di kawasan komuniti setempat Peringkat Daerah Manjung. Anugerah tempat Pertama bernilai RM10,000.00 dalam bentuk suntikan dana Vot Kemasyarakatan(Peruntukan Ahli Majlis) dimenangi oleh Ahli Majlis Perbandaran Manjung @ Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 13( Kawasan Sg Wangi - Kpg Baru Lumut) Puan Wong Lay Keong, Tempat kedua dengan dana RM5,000.00 Ahli Majlis@Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 11 (kawasan Lekir)- Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah dan Ahli Majlis@ Pengerusi Jawatankuasa Pewakilan Penduduk Zon 23 (kawasan Taman Bintang) Encik Aremugam A /L Perumal memenangi tempat ke tiga dengan dana RM3000.00. Dr Ahmad Syahrul Razuwan Bin Mohd Shariff, wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung bersama Setiausaha Majlis Encik Mohd Helmi Bin Arifin berkenan mengiringi Yang Dipertua Manjung Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh menyampaikan anugerah tersebut. Semoga anugerah tersebut akan menyemarakkan lagi semangat "Bersih, Indah dan Selamat" di kalangan komuniti dan sebagai insentif PBT menghargai sumbangan komuniti di dalam kawasan Perbandaran.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










Wednesday 10 July 2019

KURSUS PEMANTAPAN PERUNDANGAN PEMBANGUNAN TANAH

Sedang berlangsung Program Sebaran: Kursus Pemantapan Perundangan Pembangunan Tanah Kepada Pegawai Unit Setempat (OSC) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia Tahun 2019 di Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung. Program telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) PLANMalysia YBrs. Puan Rohani Binti Md Hashim selepas ucapan aluan daripada wakil Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung Cik Zuliana Binti Nawawi, Pegawai Perancang Bandar Unit Setempat Majlis Perbandaran Manjung. Program yang berlangsung selama 2 hari bermula pada hari ini. Seramai 80 orang peserta terdiri dari Pegawai Unit Setempat (OSC) seluruh negara hadir. Program anjuran PlanMalaysia dan Majlis Perbandaran Manjung menjadi tuan rumah pada tahun ini. Program dua hari ini akan melibatkan penerangan maklumat perancangan dimana 3 Kertas Kerja utama akan dibentangkan oleh 3 orang pembentang daripada INSTUN, Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) dan PLANMalaysia. Semoga usaha yang baik ini akan memberi pedoman kepada peserta berkaitan sistem pentadbiran tanah semasa, isu-isu berkaitan dengannya dan cabaran-cabaran yang wujud daripadanya serta langkah-langkah untuk mengatasinya.


Bahagian Kemasyarakatan

Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial

 Majlis Perbandaran Manjung.




Sunday 7 July 2019

PROGRAM "MATEMATIK PADU"

Pagi ini sedang berlangsung Program Matematik Padu (Kuasai Asas). Program siri ke-2 berlangsung di Dewan Alamanda Majlis Perbandaran Manjung. Program yang dianjurkan oleh Akademi Syoknya kelolaan Cikgu Atik. Seramai 26 orang pelajar sekolah rendah berusia 9 hingga 12 tahun hadir pada program kali ini. Peribahasa Melentur buluh biarlah daripada rebungnya mungkin istilah yang sesuai untuk mendidik minat anak-anak kepada matematik iaitu satu ilmu berkaitan dengan nombor yang memberi nilai. Nilai yang memboleh kita membuat pengiraan. Pengiraan Matematik juga boleh menerangkan fenomena semula jadi alam ini seperti membolehkan kita mengira bila terjadinya waktu siang dan malam. Kanak-kanak yang suka matematik mempunyai minda yang kreatif. Semoga usaha yang baik ini dapat melahirkan generasi muda yang cerdik pandai @ genius pada masa depan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan negara di masa hadapan.

 Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




 

KEMPEN MENANAM POKOK @ INOVASI HIJAU 2019

PROGRAM MENANAM POKOK @ INOVASI HIJAU..2019.

 
Hari ini 7 Julai 2019 sedang berlangsung Program Gotong Royong Menanam Pokok 2019 @ Menghijau Kawasan di Taman Lekir Indah, Batu 12 Lekir, Sitiawan. Program anjuran Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 Lekir dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Encik Mohamad Sharil Bin Salihan dan Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 Lekir, kakitangan Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti setempat bersama-sama turun padang beraktiviti menanam 22 pokok teduhan dan 50 pokok renek bagi mengalakkan pembangunan mesra alam dan mewujudkan kesedaran alam sekitar. Program ini selaras dengan hasrat Majlis Perbandaran Manjung untuk menjadikan Manjung Bersih dan Indah.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

 


Thursday 4 July 2019

SESI PENDENGARAN AWAM @ TOWN HALL MEETING YDP BERSAMA PENJAJA KECIL

Para peniaga merupakan kumpulan yang merancakkan ekonomi setempat.
Kini sedang berlangsung Program "Town Hall Meeting" Yang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung Bersama Penjaja-Penjaja Kawasan Perbandaran di Dewan Anjung Perdana Majlis Perbandaran Manjung. Kehadiran Yang DiPertua, Setiausaha, Pengarah, Ketua Jabatan dan Unit, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran dan Pengerusi Persatuan Penjaja, penjaja "food truck", penjaja statik dan kakitangan Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Manjung. Setiausaha, Tuan Mohd Helmi Bin Arifin membuka aturcara program dengan penerangan lengkap berkenaan isu semasa penjaja, pemutihan, dasar dan peraturan, garis panduan serta penguatkuasaan. Sesi soal jawab memberi peluang komunikasi 2 hala bagi mendapat persefahaman dan semangat kerjasama. Semoga usaha yang murni ini akan dapat memberi peluang dan maklumat yang berguna kepada kedua-dua belah pihak.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Monday 1 July 2019

PROGRAM INTERGRASI SOSIAL SAMBUTAN HARIRAYA MPM BERSAMA KOMUNITI

Sedang berlangsung Majlis Hari Raya Aidil Fitri 1440H di Dewan Komuniti Bistari Batu 10 Lekir dan Dewan Orang Ramai Kampung Tengah, Mukim Beruas. Program anjuran MPKK Batu 10 dan MPKK Kampung Tengah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung yang bermula jam 11.00 pagi tadi. Kehadiran ramai komuniti setempat yang bersama-sama Ahli Jawatankuasa MPKK bagi melaksanakan dan menjalin hubungan baik yang sedia terjalin diantara mereka. Semoga usaha murni yang dijalankan akan memupuk hubungan baik di komuniti dibawah Majlis Perbandaran.











 Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung