Tuesday, 23 October 2018

0 comments:

Monday, 22 October 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG DI SK KAMPUNG BARU (L), AYER TAWAR



20 Oktober 2018 telah berlangsungnya Program Gotong Royong di SK Kampung Baru (L), Ayer Tawar anjuran bersama Majlis Perbandaran Manjung. Turut hadir Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung bagi menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan sekolah tersebut.



0 comments:

Monday, 8 October 2018

KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KERAJAAN TEMPATAN (SKTM 2018) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA)


5-7 Oktober 2018 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Jaring Sukan Kerajaan Tempatan (SKTM 2018) Majlis Perbandaran Manjung Bersama Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) yang melibatkan 24 pasukan di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Manjung. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat, Angkatan Pertahanan Awam Manjung, Kolej Vokasional Daerah Manjung, Persatuan Bola Jaring Negeri Perak dan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.Tahniah kepada MBPJ (Johan),MBSA (Naib Johan), MP Bentong (Ketiga) dan MP Taiping (Keempat). Semoga melalui kejohanan ini dapat memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pihak Berkuasa Tempatan


















0 comments:

Saturday, 29 September 2018

Jom Plogging Bersama Komuniti di Teluk Senangin


Program Jom Plogging Bersama Komuniti pada 29.9.2018 Sabtu di Teluk Senangin. Program ini anjuran Malakoff dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.Turut hadir bersama En. Mohd Helmi B. Ariffin Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung dan dirasmikan oleh Tn Haji Abdul Razak bin Nazri Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Lumut.Terima kasih diucapkan kepada Ahli-ahli Majlis, pihak Malakoff, Penghulu Mukim, wakil MPM dan penduduk kampung atas kerjasama yang diberikan.





Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

0 comments:

Friday, 28 September 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG GERAI TELUK BATIK


Program gotong royong gerai Teluk Batik dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung pada 28 September 2018(Jumaat). Antara aktiviti yang dijalankan ialah lawatan turun padang dan pembersihan longkang. Semoga segala usaha murni ini menjadikan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur.





Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

0 comments:

Monday, 24 September 2018

Lawatan DYAM Raja Puan Muda Perak ke Galeri Pangkor

Hari ini 24/9/2018 (Isnin) telah berlangsungnya Darul Ridzuan Dato Seri DiRaja Tan Sri Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Kerabat DiRaja Perak , Pulau Pangkor untuk melihat sendiri sejarah-sejarah yang terdapat di Pulau Pangkor serta artifak dan peralatan melayu lama yang dipamerkan di galeri ini.



Lawatan ini turut diiringi oleh Pegawai Majlis Perbandaran Manjung iaitu En. Mohamad Sharil Bin Salihan untuk memberi penerangan lanjut sepanjang lawatan berlangsung.
Bahagian Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

0 comments:

Sunday, 23 September 2018

PELANCARAN PROGRAM GERAK KERJA RAKAN TAMAN



22.9.2018 sabtu sedang berlangsung Pelancaran Program Gerak Kerja Rakan Taman di Taman Fasa 2G.Program ini anjuran Majlis Perbandaran Manjung dengan kerjasama Taman Fasa 2G,Taman Manjung Point 1, Taman Kiara,Taman Sungai Wang,Taman Fasa 2J,Taman Sitiawan Barat dan Kolej Vokasional Seri Manjung.Turut hadir bersama YBhg. Dato' Mohamad Fariz Bin Mohamad Hanip Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung,En.Helmi bin Arifin Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung dan dirasmikan oleh Tuan Hj Mohd Amin bin Abdul Sukor Pegawai Khas ADUN Pasir Pasir Panjang.Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Landskap Negara atas kerjasama yang diberikan.







0 comments:

Monday, 17 September 2018

PROGRAM TRAIL TO TURTLE



15 September 2018 telah berlangsungnya Program Trail to Turtle di Pusat Konservasi dan Pusat Pengurusan Penyu,Pantai Pasir Panjang Segari.Antara aktiviti yang diadakan ialah membaik pulih Pusat Konservasi dan Pusat Pengururusan Penyu dan aktiviti gotong royong.Program ini anjuran bersama Universiti Teknologi Petronas dan Majlis perbandaran Manjung.Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan tersebut.



0 comments:

PROGRAM WORLD CLEANUP DAY



15 September 2018 telah berlangsungnya Program World Cleanup Day di Pantai Peranginan Teluk Senangin.Program ini anjuran bersama RCOMM Lestari,Tesco Sri Manjung,Persatuan Aktivis Sahabat Alam,Persatuan Komuniti Teluk Senangin dan Majlis Perbandaran Manjung.Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan peranginan tersebut.




0 comments:

Monday, 3 September 2018

PROGRAM PENANAMAN 1000 ANAK POKOK BAKAU SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2018



Program Penanaman 1000 Anak Pokok Bakau Sempena Hari Kebangsaan 2018 telah diadakan pada 2 September 2018 bertempat di Hutan Simpan Lekir, Parit Hj Dollah Kampung Sungai Tiram, Lekir yang dianjurkan oleh Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Lekir dan Global Environment Centre (GEC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung, SK Sungai Tiram, Lions Club serta masyarakat setempat yang turut dihadiri YB Cikgu Yahaya bin Mat Nor ADUN Pasir Panjang.Semoga usaha murni ini dapat memelihara dan memulihara pokok bakau sebagai zon penampan hakisan dan ombak laut.







0 comments:

Monday, 20 August 2018

PROGRAM GOTONG ROYONG DI KAMPUNG NELAYAN:PROGRAM JALINAN KASIH KD SERI MANJUNG BERSAMA LKIM DAN MASYARAKAT NELAYAN BATU 1 LUMUT


18 Ogos 2018 (sabtu) telah berlangsungnya Program Gotong Royong di Kampung Nelayan: Program Jalinan Kasih KD Seri Manjung bersama LKIM Perak dan Masyarakat Nelayan di Pengkalan Nelayan Batu 1, Lumut dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.Program ini melibatkan seramai 150 orang terdiri dari anggota PSSSTLDM, kakitangan LKIM dan nelayan yang menjalankan aktiviti gotong royong di tempat berkenaan. Semoga usaha murni ini dapat memperindahkan kawasan persekitaran tempat tinggal dan dapat dihindari daripada pembiakan nyamuk aedes.








0 comments: