About

Monday 29 October 2018

KARNIVAL KESEDARAN DIABETES


28.10.2018 telah berlangsungnya Karnival Kesedaran Diabetes anjuran bersama Kelab Lion dan Lioness Zon 14 bersama Majlis Perbandaran Manjung. Program ini diadakan di City Habour  International School, Seri Manjung jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari dan telah dirasmikan oleh YDH Toh Seri Bijaya LT. KOL. Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari (B), dpmp.,PMP.,KAT.,AMP., PJM. Orang Besar Jajahan Manjung.Terdapat beberapa aktiviti menarik sepanjang program dijalankan seperti pemeriksaan mata,pemeriksaan darah, ceramah pemakanan seimbang,ceramah penjagaan kaki pesakit diabetes,senaman zumba, pameran narkotik PDRM dan acara mewarna bagi kanak-kanak.Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar lebih menjaga kesihatan terutama dalam pengambilan makanan bergula dalam kehidupan seharian agar penyakit diabetes dapat dihindarkan.




0 Comments:

Post a Comment