About

Sunday 26 June 2022

PROGRAM SEMARAK SKUAD WAJA (WANITA ANTI JENAYAH) PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KEARAH PEMERKASAAN KOMUNITI

 PROGRAM SEMARAK SKUAD WAJA (WANITA ANTI JENAYAH) PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KEARAH PEMERKASAAN KOMUNITI

25 Jun 2022 (Sabtu) - Bertempat di Dewan Komuniti Majlis Perbandaran Manjung Taman Manjung Point Seksyen 1, Seri Manjung telah diadakan Program Semarak Skuad WAJA (Wanita Anti Jenayah) bagi menangani keganasan terhadap wanita.
Program "road tour" ini adalah anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak dan pada hari ini daerah Manjung menjadi destinasi siri ke-22.
Ucapan aluan telah disempurnakan oleh Puan Nurshafizah Mohamed Shariff, Pegawai Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak yang turut dihadiri oleh Puan Zulaila Fitri Yusop, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung dan Puan Saramurni Haryanti Abdul Hamid, Kaunselor UniKL MIMET yang bertindak sebagai penyampai taklimat program.
Program yang turut dihadiri lebih daripada 115 orang terdiri daripada Kakitangan KEMAS Parlimen Lumut, KEMAS Parlimen Beruas, Jiran Wanita KRT Taman Manjung Point Seksyen 1, pelajar UniKL MIMET, Persatuan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Parlimen Lumut, Usahanita Manjung Baru, Jiran Wanita KRT Seri Manjung VI dan PPMS Taman Cempaka Parlimen Beruas.
Objektif program sebagai kesinambungan kearah pemerkasaan komuniti melalui aktiviti psikososial yang merupakan komitmen dan usaha berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang menubuhkan Skuad WAJA bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmoni kepada pembangunan wanita.
Intipati program hari ini adalah bagi melahirkan komuniti yang harmoni dan sejahtera dalam membina dan dapat dimanfaatkan oleh semua golongan hawa sama ada di peringkat komuniti, mahupun di peringkat agensi dan organisasi dalam melahirkan keluarga Malaysia yang berilmu dan seterusnya mencapai keseimbangan dalam kehidupan selaras dengan agama islam yang telah membawa cahaya yang menerangi kegelapan sepertimana zaman jahiliah dahulu. Cahaya yang telah menghapuskan segala bentuk penindasan dan kezaliman terhadap wanita.
Martabat dan hargailah kedudukan wanita sebagai ibu, isteri dan anak yang telah diangkat tinggi darjatnya oleh islam.
"...tangan yang mengayun buaian, mampu menggoncang dunia..." dan
Ingatlah kita semua lahir dari rahim wanita.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment