About

Sunday 26 June 2022

PROGRAM MANJUNG FUN RUN RIDE SEMPENA HARI BEBAS KENDERAAN (CAR FREE DAY) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2022

 PROGRAM MANJUNG FUN RUN RIDE SEMPENA HARI BEBAS KENDERAAN (CAR FREE DAY) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 2022

25-26 Jun 2022 - Bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung telah di langsungkan Program Fun Run Ride sempena Hari Bebas Kenderaan (Car Free Day) Majlis Perbandaran Manjung 2022.
Program yang bermula sejak hari Sabtu 25 Jun 2022 bersambung lagi pada hari ini yang telah dirasmikan oleh YB Khairul Shahril Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang juga ADUN Bota.
Turut hadir memeriah program ialah YB Dato' Seri Diraja Dr Haji Zambry Abd Kadir, ADUN Pangkor, YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin Hj Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dan Tuan Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung.
Pelbagai acara menarik sepanjang program ini berlangsung antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, senamrobik komuniti, aerobikton, pertunjukan wayang pacak dan pertandingan karaoke yang diadakan pada Sabtu 25 Jun 2022.
Pada hari ini Ahad 26 Jun 2022 diadakan pula acara Fun Run and Ride sejauh 5km dan 10km anjuran Kelab Berbasikal Manjung dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.
Antara objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah dalam kalangan warga perbandaran Manjung selain memupuk penjagaan kesihatan melalui aktiviti riadah dan pembudayaan amalan hidup sihat.
"Komuniti Sihat, Pembina Perbandaran Produktif"
Bahagian Sukan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









0 Comments:

Post a Comment