About

Friday 21 June 2019

21 Jun 2019 (Jumaat), Sekolah Kebangsaan Pantai Remis (SKPR) menganjurkan Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri 1440 H Bersama 3 Rakan Strategik Sekolah yang dianggotai oleh Majlis Perbandaran Manjung, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) yang berlangsung di perkarangan kompleks sekolah. Majlis Perbandaran Manjung menghantar 3 orang wakil di ketuai oleh Encik Mohamad Sharil Bin Salihan, Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial mewakili bagi pihak Yang Dipertua Majlis, Pengurus Puan Chew dan 2 orang pegawai wakili BSN Cawangan Ipoh dan Pengurus serta 2 orang pegawai mewakili Agrobank Cawangan Pantai Remis sebentar tadi menambah keceriaan suasana sambutan majlis hari raya yang dihadiri oleh 31 orang guru, 6 orang AJK PIBG SKPR, 5 orang kakitangan sekolah, 5 orang kakitangan swasta dan 345 pelajar sekolah. Majlis ramah mesra hari raya diisi dengan program menyantuni 11 orang pelajar anak yatim dengan penyampaian barangan keperluan asas projek ERAT Majlis Perbandaran Manjung, RM50 seorang dalam bentuk akaun simpanan BSN, Insuran Berkelompok Takaful Agrobank, sumbangan wang tunai TNB Janamanjung dan sumbangan tunai peribadi Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung. Turut diselitkan majlis perpisahan guru Puan Norizan Binti Bidin yang akan bertukar setelah menabur bakti selama 18 tahun di SKPR. Semoga usaha murni 3 rakan strategik SKPR dan suntikan gigih Guru Besar Encik Che Azhar Bin Ahmad dan warga guru berwibawa SKPR dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan terbilang di masa depan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








0 Comments:

Post a Comment