About

Monday 6 January 2020

PROGRAM TURUN PADANG BANDAR SELAMAT - TAMAN MUHIBBAH 1, SITIAWAN

Program Turun Padang Majlis Perbandaran Manjung Bersama YB ADUN Astaka, Sitiawan Encik Teoh Yee Shern berlangsung sebentar tadi di bawah Inisiatif Program Bandar Selamat PBT untuk mewujudkan alam persekitaran bandar yang lebih selamat.

Lokasi tumpuan adalah di padang rekreasi Taman Muhibbah 1, Sitiawan. Turut hadir adalah Setiausaha Perbandaran Encik Mohd Helmi Bin Arifin, Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon Sitiawan, Encik Khairil Azhar Bin Khairuddin, Encik Cheong Ngin Koong, Ketua-Ketua Jabatan Majlis Perbandaran Manjung, KRT Sitiawan Bandar dan komuniti setempat.

Program Turun Padang di waktu malam adalah bagi melihat sendiri realiti sebenar keperluan dan masalah komuniti yang memerlukan penyelesaian yang berorientasikan rakyat.

Dalam taklimat sebentar tadi, YB Adun Astaka menyatakan kesungguhan dan kesanggupannya untuk menggunakan dana peruntukannya sebagai ADUN Astaka untuk membiayai kos bagi tujuan pencahayaan gelanggang bola keranjang di lokasi tersebut bagi kegunaan komuniti setempat beriadah.

Majlis Perbandaran Manjung juga akan turut memainkan peranannya untuk memastikan aduan komuniti berkaitan nyamuk bagi banteras wabak denggi, aduan kacau ganggu anjing dan sebagainya yang dianggap menjadi acaman kepada komuniti dan tahap infrastuktur yang sebaiknya dimana Setiausaha Perbandaran menyatakan akan meneruskan amalan atau pendekatan Turun Padang bagi mengenal pasti masalah komuniti menjurus kepada penyelesaian masalah.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





0 Comments:

Post a Comment