About

Saturday 4 January 2020

PROGRAM GERAK KERJA RAKAN TAMAN 2019

Hari ini Program Gerak Kerja Rakan Taman Majlis Perbandaran Manjung di laksanakan serentak di 4 lokasi Rakan Taman iaitu Rakan Taman, Taman Kiara, Lekir, Rakan Taman Fasa 2 Gabungan (Fasa 2D, 2E, 2F dan 2G), Seri Manjung, Rakan Taman 2J, Seri Manjung dan Rakan Taman Sungai Wang, Ayer Tawar.

Program yang di laksana pada hari ini adalah kesinambungan sempena Majlis Pelancaran Rakan Taman Majlis Perbandaran Manjung yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi Bin Arifin pada 28 Disember 2019 yang lalu di Rakan Taman, Taman Manjung Point 1, Seri Manjung.

Program pada hari ini adalah tertumpu kepada acara menanam 8 jenis pokok buah-buahan yang telah dibekalkan oleh Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung melalui peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) terdiri daripada pokok Jambu Madu, Belimbing Madu, Ciku, Belimbing Buluh, Durian Belanda, Kedondong, Limau Kasturi dan Limau Purut.

Semoga usaha Gerakan Rakan Taman yang diadakan ini dapat memupuk semangat kesukarelawanan dan dijadikan amalan memelihara, memulihara dan menyelenggara taman di kawasan kejiranan.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





         GERAK KERJA RAKAN TAMAN - SITIAWAN BARAT




         GERAK KERJA RAKAN TAMAN - FASA 2 GABUNGAN





            GERAK KERJA RAKAN TAMAN - TAMAN KIARA




         GERAK KERJA RAKAN TAMAN - TAMAN SG WANG

0 Comments:

Post a Comment