About

Sunday 27 May 2018

PROGRAM BERBUKA PUASA TAMAN FASA 2A


26 Mei 2018- Telah berlangsungnya Program Berbuka Puasa di Taman Fasa 2A, Seri Manjung. Kira-kira 100 orang penduduk taman telah bersama-sama mengimarahkan program berbuka puasa tersebut. Program ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Helmi Bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Program ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama antara semua pihak khususnya warga Perbandaran Manjung di samping menyemai semangat usahasama. Dalam masa yang sama, dapat melahirkan rasa syukur dengan nikmat kehidupan bermasyarakat, berkeluarga dan kasih sayang antara komuniti setempat yang allh berikan serta memberi manfaat untuk warga komuniti Manjung.




0 Comments:

Post a Comment