About

Wednesday 27 April 2016

KEJOHANAN SUKAN KHAS OKU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2016


Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Negeri Perak Tahun 2016 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung telah diadakan pada 26 April 2016 bertempat di Mini Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung.


Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk pemilihan peserta OKU mewakili Negeri Perak ke Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Kebangsaan pada 16 hingga 20 Mei 2016 di Kompleks Sukan MSN Kuala Lumpur.  Seramai 250 orang yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya kategori Masalah Pembelajaran dari Pusat Pemulihan dalam komuniti (PDK) seluruh Negeri Perak bagi acara Olahraga(Balapan dan Padang), Badminton, Bocce dan Futsal.

Kejohanan Sukan Khas OKU Peringkat Negeri perak Tahun 2016 ini telah dirasmikan oleh Encik Syed Nazzarol Shah bin Syed Chear Setiausaha Kelab Sukan Majlis Perbandaran Manjung .

0 Comments:

Post a Comment