About

Tuesday 24 November 2020

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 14, SITIAWAN DAN AHLI MAJLIS ZON 15, LEKIR

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 14, SITIAWAN DAN AHLI MAJLIS ZON 15, LEKIR
 
Selesai sahaja program turun padang Majlis Perbandaran Manjung bersama Ahli Majlis Zon 17 di Ayer Tawar.
 
Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung menyambung kembali program tersebut di lokasi Encik Ding Siew Chee, Ahli Majlis Zon 14 (Sitiawan-Kampung Koh-Kampung Cina) dan di lokasi Puan Hajah Habibah Rasdi, Ahli Majlis Zon 15 (Lekir) dengan tujuan yang sama iaitu bagi meninjau permasalahan banjir kilat yang dihadapi oleh komuniti setempat di taman perumahan perbandaran yang akan terjejas apabila berlakunya hujan lebat.
 
YB Tuan Haji Yahaya bin Mat Nor, ADUN Pasir Panjang turut menyertai program turun padang pada pagi ini bersama-sama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung dan syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.
 
Objektif program pada pagi ini adalah bagi mencari jalan penyelesaian setelah mengenal pasti punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat serta mengatasi isu dan permasalahan di peringkat perlaksanaan yang memerlukan keputusan pengurusan bersama agensi kerajaan yang lain.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 





 
 
 

0 Comments:

Post a Comment