About

Tuesday 24 November 2020

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 17, AYER TAWAR

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 17, AYER TAWAR.
 
Pagi ini bertempat di Taman Medan Seri Sentosa, Taman Ayer Tawar II, Ayer Tawar sedang berlangsung Program Turun Padang Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung yang bertujuan bagi meninjau permasalahan banjir kilat yang dihadapi oleh komuniti setempat di taman perumahan perbandaran susulan musim hujan yang kini telah bermula.
 
Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran turut sama turun padang menyertai program pagi ini bersama YB Puan Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, juga turut disertai oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Encik Mohamad Zaini Hasbullah, Ahli Majlis Zon 17 (Ayer Tawar), Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung dan syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.





 
Objektif program pada pagi ini adalah bagi mencari jalan penyelesaian setelah mengenal pasti punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat serta mengatasi isu dan permasalahan di peringkat perlaksanaan yang memerlukan keputusan pengurusan bersama agensi kerajaan yang lain.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

0 Comments:

Post a Comment