About

Sunday 1 November 2020

PROGRAM MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA PENDUDUK AHLI MAJLIS ZON 19

 

Petang ini bertempat di Bangunan UMNO Bahagian Beruas sedang berlangsung program mesyuarat kali pertama dan penubuhan Jawatankuasa Penduduk Zon 19.

Puan Hajah Salmah binti Sujak, Ahli Majlis Zon 19 (Kampung Kota-Kampung Banjar) secara automatik di lantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 19 yang akan menjadi platform bagi menjalin hubungan dua hala di antara pihak komuniti zon bersama pihak Majlis Perbandaran Manjung.
 
Program mesyuarat Jawatankuasa Penduduk Zon 19 kali pertama ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Encik Issamudin bin Ibrahim, Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial yang turut memberikan taklimat tujuan penubuhan Jawatankuasa Penduduk Zon Ahli Majlis Perbandaran Manjung kepada ahli jawatankuasa yang dilantik daripada kalangan ketua-ketua masyarakat di kawasan kampung dan skim perumahan yang terdapat di kawasan zon 19.
 
Objektif program adalah bagi mewujudkan dan menggalakkan penglibatan dan penyertaan komuniti di Beruas dalam aktiviti outreach peringkat perbandaran kerana Jawatankuasa Penduduk merupakan medium penyampaian maklumat dan penerimaan permasalahan komuniti yang boleh diselesaikan di peringkat perbandaran. Penyaluran maklumat yang telus, penerangan yang tepat aktiviti dan program, dasar serta perkembangan semasa Majlis kepada komuniti.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung.
 





 

0 Comments:

Post a Comment