About

Thursday 5 November 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG KEBERSIHAN PANTAI PERANGINAN TELUK BATIK

Pagi ini bertempat di Dataran Hadhari Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut sedang berlangsung program gotong-royong pembersihan di kawasan gerai peniaga Teluk Batik.

Program di hadiri oleh YB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir, ADUN Pulau Pangkor, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Ybhg. Dato' Seri Azri bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor, Ahli Majlis Perbandaran Manjung Encik Mohd Azrien bin Mohd Salleh dan Tuan Haji Mohf Rafiq bin Haji Mohd, Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung, Encik Azri bin Johari, Pengerusi KILM, Encik Mohd Nor Safarin bin Mansor, Pengerusi Persatuan Penjaja Teluk Batik.
 
Turut hadir adalah Ybhg. Datin Hajah Maziah binti Rafie, Pengerusi Combi Teluk Muroh, Encik Sabdin bin Idris, Penghulu Mukim Lumut, Tuan Haji Salim bin Ghazali, JPKK Padang Tembak dan , ahli KILM dan peniaga-peniaga Teluk Batik.
 
Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir di dalam ucapan perasmian beliau menyatakan kecantikan, kebersihan dan keindahan Teluk Batik harus dikekalkan sebagai altenatif sebagai tumpuan pelancong selain ke Pulau Pangkor dan seterusnya komuniti daerah Manjung seharusnya bersyukur dengan pencapaian Majlis Perbandaran Manjung yang telah dinobatkan sebagai PBT No.1 terbaik negara kerana terbukti kesungguhannya untuk menjadikan daerah Manjung sebagai daerah pilihan pelancongan.
 
Natijah yang seharusnya diambil positif oleh seluruh warga daerah Manjung untuk meneruskan konsep Maju, Progesif dan Makmur. 
 
Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung didalam ucapannya alu-aluannya menyeru komuniti daerah Manjung dan peniaga-peniaga Teluk Batik agar menjaga kebersihan dan keindahan pantai peranginan Teluk Batik sebagai permata yang perlu digilapkan agar terus menjadi pantai mesra keluarga yang menarik.
 
Program gotong-royong turut disertai oleh Combi Teluk Muroh, badan bukan kerajaan Kelab Komuniti I Love Manjung dan ahli Persatuan Peniaga-Peniaga Teluk Batik dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung.
 
#..Bulat air kerana pembentong..bulat manusia kerana muafakat.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 








0 Comments:

Post a Comment