About

Friday 6 November 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA BERSAMA KOMUNITI DI GEREJA METHODIST TAMIL, KAMPUNG PUNDUT

 

Ahli Jawatankuasa Gereja Methodist Tamil, Batu 3 Kampung Pundut, Lumut pagi ini berbesar hati dan lega apabila menerima kedatangan pasukan Penyelenggaraan Pokok Teduhan, Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung, Syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd dan syarikat sub kontraktor AH Bina Resources bagi melaksanakan program gotong-royong menebang pokok-pokok yang tinggi, membahayakan keselamatan komuniti gereja dan pengguna jalanraya di kampung tersebut.

Sebanyak 6 batang pokok membahayakan dengan ketinggian yang jauh melebihi ketinggian tiang elektrik ditebang pada program gotong-royong sebentar tadi.
 
Objektif program adalah bagi memupuk semangat bergotong-royong agar tidak di telan zaman dan menjadi ikutan generasi muda disamping menyemai semangat kejiranan dan hubungan akrab antara Pihak Berkuasa Tempatan, pihak kontraktor bersama komuniti setempat dalam menjalin hubungan kerjasama yang mesra komuniti.
 
Objektif lain adalah sebagai sumber mengeratkan hubungan silaturahim yang mesra untuk pembangunan komuniti daerah Manjung dalam agenda menggalakkan komuniti membangunkan keupayaan komuniti dalam menangani masalah dengan berusaha bersama-sama menangani keperluan secara kolektif.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung
 
 








 

0 Comments:

Post a Comment