About

Wednesday 25 November 2020

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

LAWATAN TURUN PADANG MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA YB ADUN PANGKOR, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN AHLI MAJLIS.
 
Petang tadi telah berlangsung Program Lawatan Turun Padang Bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor.
Program ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan membincangkan tindakan yang boleh dilaksanakan berkenaan isu berbangkit seperti jalan mendap di Taman Manjung Point Seksyen 1, masalah banjir di Teluk Muroh, Lumut dan dinding penahan hakisan yang telah retak di Taman Seri Batik, Teluk Batik, Lumut.
 
Turut hadir sama di dalam lawatan tersebut adalah Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Perbandaran, Ybhg. Dato' Seri Azri bin Jaafar, Pegawai Khas ADUN Pangkor, Encik Mohd Rozdhi bin Abdullah, Jurutera Jabatan Parit dan Saliran Daerah Manjung, Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Encik Riduan bin Mat Shah, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Manjung disertai juga oleh Tuan Haji Rosli Abd Rahman, Ahli Majlis Zon 9, Dato' Norzaman bin Man, Ahli Majlis Zon 4, Tuan Haji Mohd Rafiq bin Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 7 dan wakil Indah Water Konsortium (IWK) serta syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.
 
Objektif program adalah bagi mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan yang timbul. Perbincangan dan tindakan seterusnya yang bakal dilaksanakan akan menyelesaikan isu yang berbangkit.
Semoga program yang telah diadakan ini memberi jalan penyelesaian bagi kesejahteraan hidup komuniti setempat.
 
Bahagian Kemasyarakatan, 
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial,
Majlis Perbandaran Manjung
 





 
 

0 Comments:

Post a Comment