About

Thursday 19 November 2020

PROGRAM MESYUARAT JAWATANKUASA PENDUDUK ZON 18 AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

Petang ini bertempat di Dewan Masjid Al-Falah, Ayer Tawar sedang berlangsung Program Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk Zon 18 (Ayer Tawar) Ahli Majlis Perbandaran Manjung.

Kali ini giliran Encik Ahmad Azmi bin Ismail, Ahli Majlis Perbandaran Manjung @ area officer Zon 18 (Taman Biru hingga ke SJKT Sagomana) yang akan menubuhkan jawatankuasa penduduk bagi mewujudkan hubungan dua hala bersama Majlis Perbandaran Manjung.
 
Program taklimat fungsi JKP dan perasmian telah disempurnakan oleh Encik Issamudin bin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.
Mekanisma pelaksanaan Jawatankuasa Penduduk Majlis Perbandaran Manjung adalah sebagai tempat rujukan komuniti berkenaan isu perkhidmatan dan perbandaran Majlis Perbandaran Manjung disamping menyampaikan maklumat berkenaan Majlis dan isu komuniti. 
 
JKP juga bertindak sebagai pelopor "community enggangement" di kawasan Zon 18 (Ayer Tawar) iaitu sebagai penggerak dan penyelaras aktiviti sosial dan kemasyarakatan serta pada masa yang sama membantu isu perbandaran agar mencapai titik persamaan bagi menyelesaikan isu-isu yang menyelubungi kemelut komuniti di kawasan perbandaran.
 
Semoga hubungan murni di antara Majlis Perbandaran Manjung bersama komuniti akan terus membuahkan cadangan bernas yang dapat membantu komuniti setempat di dalam aktiviti sosial dan ekonomi populasi penduduk.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





 

0 Comments:

Post a Comment