About

Wednesday, 3 August 2016

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ORANG BESAR JAJAHAN MANJUNG




Tarikh 3 Ogos 2016 pada pukul 2.30 petang telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Orang Besar Jajahan Manjung, YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol.(B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari, D.P.M.P., P.M.P.,K.A.T., A.M.P., P.J.M.











Saturday, 30 July 2016

SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI BERSAMA KOMUNITI DI TAMAN FASA 2J




Pada 30 Julai 2016, penduduk Taman Fasa 2J telah mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri dan telah menjemput warga Majlis Perbandaran Manjung untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut.

Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Majlis Perbandaran Manjung, En. Mohd Sharil Bin Salihan telah merasmikan majlis tersebut dan telah beramah mesra dengan lebih 200 orang tetamu yang telah hadir.





Friday, 29 July 2016

SUASANA SEKITAR PROGRAM HARI TERBUKA PELAN TRANSFORMASI PBT DAN SAMBUTAN AIDILFITRI MPM





Pada 28 Julai 2016 pukul 2.45 petang, Majlis Perbandaran Manjung telah mengadakan Program Hari Terbuka Pelan Transformasi PBT dan Sambutan Aidilfitri 2016 di perkarangan lobi utama Majlis Perbandaran Manjung.

Dianggarkan seramai 3000 tetamu yang hadir memeriahkan majlis yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Rashidi Bin Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Panjang, Perak. Majlis tersebut turut dihadiri oleh jemputan-jemputan khas iaitu Orang Besar Jajahan Lumut, Yang Dipertua- Yang Dipertua Majlis, agensi-agensi kerajaan dan ramai lagi.

Y.B. Dato' Rashidi Bin Ibrahim telah berucap dan  melancarkan Pelan Transformasi PBT bagi Majlis Perbandaran Manjung dan pada waktu yang sama sebagai satu usaha transformasi pbt, Majlis Perbandaran Manjung turut melancarkan Radio Online MPM.






























Sunday, 3 July 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016/1437H


Tuesday, 28 June 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA MASJID AT-TAQWA TAMAN DINDING, AYER TAWAR



Masjid At-Taqwa Taman Dinding, Ayer Tawar merupakan lokasi terakhir bagi siri-siri majlis berbuka puasa Majlis Perbandaran Manjung bersama komuniti sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Majlis pada 28 Jun 2016 ini merupakan anjuran bersama JPP, KRT dan Majlis Perbandaran Manjung dan disertai oleh lebih 100 qariah masjid dan 20 warga kerja MPM.

Tuan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Manjung, Tuan Mohd Fariz Bin Mohd Hanip bersama Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, En. Ismail Bin Ibrahim dan ketua-ketua jabatan turut hadir memeriahkan majlis di samping mengeratkan silaturahim bersama penduduk setempat.










Friday, 24 June 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA SURAU AN-NUR TAMAN FASA 1D


Pada 23 Jun 2016 pukul 7.00 petang, telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa di Surau An-Nur Taman Fasa 1D anjuran JPP, KRT Taman Fasa 1D dan Majlis Perbandaran Manjung. Majlis tersebut merupakan kesinambungan program-program berbuka bersama komuniti yang dilakukan Majlis Perbandaran Manjung untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim sesama seluruh penduduk Perbandaran Manjung.

Majlis berbuka puasa ini dihadiri lebih 100 qariah jemaah dan 20 warga kerja Perbandaran Manjung. Pegawai Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial Majlis Perbandaran Manjung, En. Mohd Sharil Salihan yang turut hadir ke majlis tersebut berharap agar usaha yang murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang ke arah mewujudkan perbandaran yang harmoni.