About

Saturday 8 February 2020

PROGRAM SUKANEKA RAKYAT TAMAN KERIS, SITIAWAN

Taman Keris, Sitiawan pagi ini sedang berlangsung Program Sukaneka Rakyat Komuniti Taman Keris. 

Program yang dianjurkan oleh KRT Taman Keris dan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 Lekir merangkap Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah telah mendapat sambutan yang amat baik dan menggalakkan daripada komuniti setempat yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa mengambil bahagian didalam acara sukan yang diadakan.

Objektif utama sukan rakyat adalah bagi memupuk semangat perpaduan dan intergrasi nasional kearah membina kesepakatan yang kukuh didalam komuniti disamping dapat mengamalkan cara hidup yang sihat.

Program telah dihadiri oleh YB Tuan Haji Yahaya Bin Mat Noh, ADUN Pasir Panjang yang telah menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukan bowling, bolasepak 9 sebelah dan karom yang telah diadakan lebih awal sebelum ini.

Semoga usaha yang dilaksanakan oleh Pengerusi jawatankuasa Penduduk Zon 11 dan KRT Taman Keris dapat menyatu padukan hubungan muhibbah dan bersatu padu antara komuniti pelbagai kaum melalui sukan rakyat ini.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung









0 Comments:

Post a Comment