About

Saturday 8 February 2020

PROGRAM MENANAM POKOK TEDUHAN DAN PEMBERSIHAN KAWASAN LAPANG

Pagi ini bertempat di Lorong Seroja 1 laluan masuk ke Masjid Ar Raudah Perkampungan Tersusun Batu 7 Lekir diadakan Program Gotong Royong Menanam Pokok Pelindung dan Renek sementara di Lorong Beringin 6 diadakan Program Gotong Royong Pembersihan Kawasan Lapang. 

Program anjuran MPKK RPT Batu 7 Lekir bersama Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 merangkap Ahli Majlis Perbandaran Manjung.

Program telah dirasmikan oleh ADUN Pasir Panjang YB Tuan Haji Yahaya Bin Mat Noh yang turut serta bersama-sama komuniti menitis keringat didalam program pagi ini

Turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 11 Puan Nik Noorazizah Binti Hamzah dan komuniti setempat di bantu oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Bandar dan Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung.

Sebanyak 25 unit pokok pelindung daripada spesis Merawan Siput Jantan dan 100 unit pokok renek spesis Ficus Gold di tanam pada pagi ini.

Semoga usaha gotong royong bagi meningkatkan keindahan dan keceriaan kawasan penempatan komuniti akan memupuk semangat perpaduan dan hubungan erat komuniti bersama Majlis Perbandaran Manjung kearah menghijau bumi Negeri Perak yang bertuah ini. 

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment