About

Wednesday 10 August 2022

PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL, PENCEGAHAN PENDERAAN KANAK-KANAK DAN KEGANASAN RUMAH TANGGA PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2022

 11 Ogos 2022 (Khamis)- Inisiatif yang harus diberi pujian kepada pengurusan Pejabat Kesihatan Daerah Manjung yang proaktif kearah melahirkan masyarakat daerah prihatin demi untuk mencapai aspirasi Keluarga Malaysia Bahagia Negara Sejahtera.

Perasmian program telah dilakukan oleh YB Encik Mohd Akmal Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Perak.
Dif-Dif jemputan yang turut hadir memeriahkan program ialah Tuan Syamsul Hazeman Md. Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Dr. Asraf Qamruddin, Pakar Kesihatan Awam, Pegawai Kesihatan Daerah Manjung, Dr. Nordin Nasir, Pengarah Hospital Seri Manjung dan Tuan ACP Nor Omar Sappi, Ketua Polis Daerah Manjung.
Kempen kesedaran kesihatan ini juga turut berjaya menghimpunkan penyertaan anggota dan wakil dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan pelajar sekolah untuk bersama-sama untuk mendapat infomasi dan menerap objektif program dalam memupuk agenda kesedaran, meningkat pengetahuan dan menghilangkan perasaan stigma masyarakat daerah mengenai kesihatan mental, pencegahan penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga.
Pada program yang sama turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak, saringan minda sihat, kaunter pameran kesihatan, kaunter derma organ, kaunter derma darah, kaunter pendaftaran persatuan pembangunan minda sihat komuniti, kaunter pemeriksaan kesihatan, PEKA B40, kaunter pemeriksaan gigi, ceramah minda sihat, forum Kembara Cinta Luka dan sesi soal jawab dua hala dalam merangka hala tuju, strategi inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








0 Comments:

Post a Comment