About

Saturday 6 August 2022

MAJLIS KONVOKESYEN BAGI KALI PERTAMA PROGRAM empowerNCER LATIHAN KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN DAERAH MANJUNG DAN PERAK TENGAH

 7 Ogos 2022 (Ahad), bertempat di Dewan Ballroom Ritz Garden, Seri Manjung telah diadakan Majlis Konvokesyen Program empowerNCER buat julung kalinya bagi mengiktirafkan pencapaian 400 orang peserta dari daerah Manjung dan Perak Tengah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji
Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung.
Turut hadir ialah YBhg. Datin Shahdee binti Dato' Ahmad, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan NCIA, Encik Mohd Amirudin bin Kesmiran, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Encik Norhisyam bin Karno, Ketua Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah (Pembangunan), Cik Nur Baiti binti Jamalul Karib, Ketua Pejabat NCIA negeri Perak dan Encik Mohamad Anuarul Faiz bin Mohd Dahalan, Pengarah Projek empowerNCER negeri Perak dan Pulau Pinang serta wakil dari Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Daerah Perak Tengah, Penghulu-Penghulu Mukim, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (SteP).
Program empowerNCER merupakan inisiatif serampang dua mata melalui Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang disasarkan kepada golongan dewasa dan belia yang menggangur dan Program Latihan Akademik untuk pelajar yang berprestasi sederhana dan lemah dari keluarga yang berpendapatan rendah dari kalangan isi rumah berpendapatan 40 peratus atau B40 dan matlamat pembangunan modal insan yang diperkenalkan oleh NCIA telah terbukti keberkesanannya dalam meningkat taraf hidup rakyat terutamanya masyarakat luar bandar di Wilayah Utara.
Pada program yang sama turut diadakan Anugerah Usahawan Cemerlang kepada 4 orang peserta dimana 2 orang peserta dari daerah Manjung yang berjaya keluar daripada kelompok B40 kepada M40 dan 2 orang peserta berjaya menjana pendapatan dalam kumpulan T20. "From Zero to Hero".
Semoga inisiatif murni berteraskan rakyat ini terus mendapat kejayaan dalam melahirkan usahawan yang dapat menjana pendapatan seterusnya dapat meningkatkan sosio ekonomi keluarga dan komuniti setempat.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung








0 Comments:

Post a Comment