About

Friday 26 August 2022

PROGRAM KELESTARIAN ALAM SEKITAR (KELAS) BRiSK KOLEJ KOMUNITI DAN POLITEKNIK NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA AGENSI KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN

 27 Ogos 2022 (Sabtu), Taman Eko Rimba Pantai Pasir Panjang, Segari menjadi medan penutup Program penanaman 2000 anak pokok bakau Peringkat Negeri Perak di dua lokasi iaitu di Hutan Simpan Paya Bakau Kota Siam, Segari dan Hutan Simpan Paya Bakau Changkat Keruing oleh 140 orang pelajar dan pensyarah daripada 13 Kolej dan 1 Politeknik seluruh negeri Perak dan 40 orang kakitangan Hospital Teluk Intan dibawah seliaan badan bukan kerajaan NGO Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt.Kol. (B) Dato' Shaharudin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan (OBJ) Manjung.
Tetamu jemputan yang turut hadir ialah YB Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, YBrs. Tuan Hishamudin Musa, Pengarah Kolej Komuniti Manjung, Puan Norjunainah Juri, Pengerusi BRiSK Kolej Komuniti Negeri Perak, Lt.Kol Bersekutu (PA) Dr. Khairul Baharin Mohd Baharuddin, Pengarah Hospital Teluk Intan, Tuan Haji Ahmad Rizal Haji Omar, Pengerusi Pengarah-Pengarah Kolej Negeri Perak,
Turut serta ialah Pengarah-pengarah Kolej Negeri Perak, Pengarah Politeknik Bagan Datuk, Timbalan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan wakil-wakil dari Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Kakitangan Hospital Teluk Intan, Pensyarah dan Kakitangan Kolej Komuniti Negeri Perak serta pelajar.
Objektif program adalah bagi memberi kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan kawasan litupan pokok dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.
Kempen yang dilaksanakan bertujuan memupuk semangat cintakan alam semulajadi melalui usaha penanaman pelbagai jenis pokok oleh segenap lapisan masyarakat.
Sokongan dan penglibatan agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat, syarikat-syarikat swasta dan Goverment Linked Companies (GLCs) amatlah digalakkan bagi mencapai Pokok Kita, Kehidupan kita dalam kempen "Penghijauan Malaysia".
Sekalung penghargaan kepada Kolej Komuniti Malaysia khususnya kepada Kolej-Kolej Komuniti dan Politeknik Negeri Perak dan Kakitangan Hospital Teluk Intan yang telah menjayakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dibawah kepanasan terik mentari dan lumpur yang mengekang pergerakan. Namun kepuasan tetap tercapai berkat kesungguhan para pelajar.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







0 Comments:

Post a Comment