About

Friday 12 August 2022

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN LATIHAN KEBAKARAN INISIATIF PERSATUAN PENDUDUK FASA 2C SERI MANJUNG MEMBIMBING KOMUNITI

 13 Ogos 2022 (Sabtu), pagi tadi bertempat di Padang Komuniti Taman Fasa 2C, Seri Manjung telah diadakan Program Kesedaran Keselamatan Komuniti.

Program ialah anjuran Jawatankuasa Persatuan Penduduk Fasa 2C telah mendapat kerjasama dari Balai Bomba Seri Manjung, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Program tersebut telah dihadiri dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Rafiq Haji Mohd, Ahli Majlis Zon 7, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang mewakili YB ADUN Pulau Pangkor.
Jemputan lain yang turut menyerikan program ialah Tuan Suhaimy Mohd Suhail, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Seri Manjung, Encik Zaki Zainol dan Encik Safuan Abd.Razak yang mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 3 dan Encik Firdaus Zainal Abidin, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Manjung serta komuniti Taman Fasa 2C.
Aktiviti yang diadakan ialah ceramah kesedaran, mengenali dan tatacara guna alat pemadam api serta langkah-langkah pencegahan awal yang disasarkan untuk infomasi kepada golongan suri rumah tangga dan warga komuniti agar tidak panik apabila berdepan dengan kecemasan kebakaran yang dapat dikawal pada peringkat awal.
Antara pengisian yang disajikan ialah demostrasi penggunaan 4 jenis alat pemadam api berdasarkan kepada warna yang pada alat pemadam api termasuk jenis debu kering, karbon dioksida, air dan buih yang mempunyai tindakan berbeda antara satu sama lain sebagai medium pemadaman.
Semoga usaha murni Jawatankuasa Persatuan Penduduk Fasa 2C ini dapat membantu komuniti setempat menangani kebakaran dan kemahiran asas mencegah dan membantu pihak bomba ketika bencana sebenar berlaku.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment