About

Friday 21 August 2020

Tanggungjawab sosial korporat (CSR) membersih persisiran pantai bersama komuniti setempat.

 

Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor pagi ini menjadi tempat tumpuan Pegawai dan kakitangan dan ahli keluarga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Manjung didalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) membersih persisiran pantai bersama komuniti setempat.
 
Program CSR yang bertemakan Kepenggunaan Bersama Komuniti Dan Pemulihan Serta Pemulihan Alam Sekitar Pulau Pangkor di jayakan bersama dua agensi kerajaan bersama penglibatan komuniti merupakan komitmen agensi kerajaan bagi memberi laluan yang kondusif dan efektif kearah Negeri Perak yang bersih.
 
Program telah dirasmikan dan dihadiri oleh Pengarah KPDNHEP Negeri Perak Tuan Saifullizam Bin Kamarul Zaman, turut hadir Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 1 (Pulau Pangkor) Tuan Haji Asmadi Bin Teh bersama kakitangan Majlis Perbandaran Manjung Zon Pulau Pangkor dan komuniti setempat.
 
Objektif penganjuran program adalah bagi mewujudkan persekitaran pantai yang ceria, harmoni dan selamat dikunjungi oleh orang awam. 
 
Disamping itu, bagi memupuk dan meningkat kesedaran masyarakat akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan persisiran pantai sebagai budaya komuniti setempat, rakyat Negeri Perak dan Malaysia amnya.
 
Sekalung penghargaan kepada warga KPDNHEP Negeri Perak
 
Bahagian Kemasyarakatan & Pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




 

1 comment:

  1. assalamualaikum, sy pelajar dari universiti pendidikan sultan idris. saya ingin bertanya bagaimana mahu menjalakan kolaborasi dengan mpm untuk program khidmat masyarakat dalam aspek pembersihan pantai. saya bercadang untuk membawa dalam 80 sukarelawan

    ReplyDelete