About

Tuesday 4 August 2020

PERASMIAN MESYUARAT KALI PERTAMA JKP ZON 11 AHLI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

 

Petang ini bertempat di Dewan Orang Ramai Thiruvalluvar, Ladang Sungai Wangi, Sitiawan sedang berlangsung Majlis Mesyuarat Kali Pertama Jawatankuasa Penduduk Zon 11 (Sitiawan) Ahli Majlis Perbandaran Manjung di bawah pimpinan Encik Perumalsamy A/L P. Muniandy.

Majlis mesyuarat kali pertama ini telah dirasmikan oleh Encik Issamudin Bin Ibrahim, Pegawai Tadbir @ Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung.

Pemilihan ahli Jawatankuasa Penduduk tersebut adalah terdiri daripada ahli KRT, Persatuan Penduduk Taman Perumahan yang terdapat dibawah Zon 11 dan penduduk kampung setempat.

Terdapat seramai 24 orang Ahli Majlis Perbandaran Manjung yang akan menubuhkan Jawatankuasa Penduduk di lokaliti masing-masing selaras dengan Indikator SSR PBT KPKT iaitu penubuhan Jawatankuasa Penduduk di bawah Pihak Berkuasa Tempatan.

Objektif penubuhan JKP adalah bagi memperkasakan hubungan komuniti perbandaran melalui peranan Ahli Majlis dan juga sebagai platform kerjasama antara warga perbandaran.

Medium utama untuk merealisasikan teras :
1. Pembangunan modal insan
2. Platform hubungan kerjasama antara PBT dan warga perbandaran.
3. Iniastif untuk menggalakkan dan mewujudkan penyertaan warga
perbandaran menjaga hubungan dan membantu menangani isu-isu perbandaran melalui gerak kerja.

Gerak kerja seperti perbandaran Bersih, perbandaran Indah, perbandaran Penyayang, perbandaran Pro Aktif, perbandaran Prihatin dan perbandaran Selamat adalah antara ciri-ciri mekanisma pelaksanaan Jawatankuasa Penduduk Ahli Majlis PBT.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





0 Comments:

Post a Comment