About

Sunday 9 August 2020

PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI JALUR GEMILANG & GOTONG ROYONG PERDANA TAMAN BERPADU 2020

 

Pagi tadi bertempat di perkarangan Dewan Orang Ramai Taman Berpadu, Sitiawan telah berlangsung Program Merdeka@Komuniti Jalur Gemilang Dan Gotong Royong Perdana Taman Berpadu 2020.

Program adalah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang bertujuan menyuntik kesedaran kepada komuniti mengenai sambutan Bulan Kebangsaan untuk meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara secara menyeluruh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha Perbandaran Encik Mohd Helmi Bin Arifin yang mewakili bagi pihak Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung.

Turut hadir adalah Puan Hajah Sarinah Binti Haji Ahmad, Pegawai Penerangan Manjung, Puan Juna A/P Pandak, Pegawai Perpaduan Daerah, Dr. Ahmad Syahrul Azuwan Bin Mohd Shariff, Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Daerah dan YBrs. Dr. Yusoff Al-Bakri Bin Mohd Ismail selaku pengerusi majlis.

Program kolaboratif ini turut disertai oleh agensi kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penerangan, Jabatan Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kesihatan Persekitaran Dan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Perbandaran Manjung dan komuniti Taman Berpadu.

Pelbagai program telah diadakan adalah gotong royong, taklimat keselamatan, penyampaian perhargaan Jasa Mu Dikenang kepada Jawatankuasa KRT Padujati dan pemimpin masyarakat.

Program diakhiri dengan pemasangan bendera kenderaan, pemasangan bendera di kediaman komuniti dan penyerahan Jalur Gemilang kepada agensi kerajaan yang terlibat.

Semoga program yang dianjurkan ini dapat menerapkan nilai patriotisme dan semangat cintakan negara sebagai asas dalam hidup seluruh rakyat Malaysia di Daerah Manjung dan negara amnya.

#Malaysia Prihatin

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






 

0 Comments:

Post a Comment