About

Monday 5 August 2019

TOWN HALL MEETING MPM BERSAMA KOMUNITI PERNIAGAAN PULAU PANGKOR

5 Ogos 2019, sesi Town Hall bersama YB Timbalan Menteri Keusahawanan Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli di adakan di Kejora Garden Resort, Pasir Bogak, Pulau Pangkor.
Sesi Pendengaran Awam atau Town hall berkenaan Pangkor kearah Pulau Bebas Cukai diteruskan ke lokasi Pulau Pangkor sendiri bagi mendapatkan maklum balas daripada komuniti peniaga yang terdiri daripada pelbagai lapisan dan jenis perniagaan.

Antara perhatian dan luahan warga Pulau Pangkor adalah berharap agar produk produk perniagaan Pulau Pangkor sedia ada terjaga walaupun dengan kehadiran saingan akibat kemasukan produk-produk luar yang memasuki pasaran bebas cukai Pulau Pangkor.

Para komuniti perniagaan Pulau Pangkor berharap perniagaan mereka dapat berkembang dengan diwujudkan pelbagai kemudahan mesra perniagaan dari segi kemudahan lesen perniagaan dan lain-lain kemudahan.

Bagi memastikan kelestarian alam sekitar terpelihara, pihak komuniti perniagaan pelancongan Pulau Pangkor meminta pihak berkuasa kerajaan mengekalkan keasliannya dan dimiliki oleh rakyat sebagai pemilik tunggal yang kekal dan tidak dimonopoli secara kekal oleh syarikat-syarikat besar.
Input pasaran bebas cukai bakal diwujudkan di Pulau Pangkor seiring limpahan yang bakal hadir daripada kebanjiran pelancong ke pulau bebas cukai yang akan di bebas daripada gelaran pulau percutian semata-mata.

YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli dalam ucapannya menyampaikan hasrat untuk terus merancakkan potensi Pulau Pangkor menjadi destinasi pelancongan dan menjadi tumpuan pelancong sementalah ahli-ahli perniagaan tempatan perlu mengambil kesempatan peluang dan ruang dari Pulau Bebas Cukai Pangkor pada tahun 2020.

Pelbagai bentuk peluang dan ruang perlu diraih oleh komuniti perniagaan Pulau Pangkor dengan kerjasama penuh akan diberikan oleh pihak kerajaan dan badan badan kerajaan yang lain dalam memastikan projek pembangunan di Pulau Pangkor berterusan.

Menurut YDP MPM, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, dalam usaha membangunkan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai iaitu kawalan keatas barangan luar yang masuk ke pulau pangkor akan dikenakan cukai tetapi pada masa yang sama produk asal keluaran pulau pangkor dikecualikan daripada dikenakan cukai sebagai langkah menjaga kepentingan produk dan punca pendapatan penduduk Pulau Pangkor terjamin.

Bagi memelihara komuniti perniagaan Pulau Pangkor sediada berkembang keperluan kepada input dua hala dari semua pihak khususnya warga komuniti perniagaan Pulau Pangkor itu sendiri.
Pendekata komuniti perniagaan Pulau Pangkor memerlukan jati diri untuk bangkit bersaing dan berusaha mewujudkan pelbagaian perniagaan didalam arus pasaran terbuka.

Bahagian Kemasyarakatan/pelancongan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung










0 Comments:

Post a Comment