About

Saturday 3 August 2019

SIMULASI HAJI KECIL PERINGKAT DAERAH MANJUNG 2019

Labbaikallahumma Labbaik...(Aku memenuhi panggilanMu)...berlangsung sekarang Program Simulasi Haji Kecil 2019 peringkat Daerah Manjung di Arena Square, Taman Samudera, Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.

Program anjuran Pertubuhan Pendidikan Antah Kesuma dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung.

Majlis dihadiri dan dirasmikan oleh YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung. Turut hadir Ustaz Tuan Haji Mohd Ali Sabri bin Abdul Rahman yang bertindak sebagai Muttawif, Tuan Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung, wakil Pengurus Tabung Haji Cawangan Sitiawan Puan Hajjah Nor Syahidah binti Ismail, Eksekutif Kewangan LTH, Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung Encik Issamudin bin Ibrahim dan Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Antah Kesuma Encik Muhammad Syafiq bin Nordin.

Objektif program adalah untuk memberi kefahaman dan penghayatan kepada anak-anak kecil semuda usia 6 - 9 tahun merasai pengalaman mengerjakan ibadat haji dengan melaksanakan 6 Rukun Haji seterusnya membuka dan menanam minat untuk mengerjakan ibadat Haji apabila mereka dewasa kelak.

Semoga usaha yang murni ini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada anak-anak dan ibubapa untuk melaksanakan rukun islam ke-5 suatu hari nanti.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






 

0 Comments:

Post a Comment