About

Monday 19 August 2019

SEMINAR KEUSAHAWANAN "IDEA" PULAU PANGKOR BEBAS CUKAI

Pada hari ini, 19 Ogos 2019 di KEJORA GARDEN RESORT, Pasir Bogak, Pulau Pangkor berlangsungnya Seminar Keusahawanan "IDEA".

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Wira Dr Mohd Hatta bin Md Ramli menghadiri dan seterusnya merasmikan program seminar ini.

Program yang dihadiri oleh pengiat ekonomi Pulau Pangkor yang terdiri daripada peniaga gerai penjaja skala kecil hingga kepada yang berskala besar pengusaha perhotelan, pelancungan seumpamanya.

Program meliputi dua sesi utama taklimat dan penerangan oleh Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Kastam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak dan lain-lain jabatan dan pameran untuk kemudahan para usahawanan mendapat maklumat.

Ucapan aluan disampaikan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung Encik Mohd Helmi bin Arifin, antara lain menyentuh peluang dan ruang yang perlu direbut oleh komuniti Pulau Pangkor sempena kearah Pulau Pangkor Bebas Cukai 2020 bagi menepati LA21 Majlis Perbandaran Manjung dan sokongan agensi kerajaan bagi membantu meningkat produktiviti para usahawan.

Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Lumut dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dihadiri oleh pelbagai agensi2 kerajaan Negeri Perak dan Daerah Manjung, Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta dan pengiat ekonomi setempat.

Diantara saranan yang disentuh oleh YB TM Pembangunan Usahawanan dan memerlukan komitmen segera warga Pulau Pangkor untuk berdaya saing adalah sepertimana berikut :

1) Warga Pulau Pangkor perlu melakar sejarah untuk mengguna kelebihan yang sediada di Pulau Pangkor dan perlu kepada tindakan segera. Pendekata daripada kosong (zero) kepada hero yang mempunyai matlamat dan ilmu keusahawanan.

2) Mempelajari dan membuat kajian Pulau Pangkor Pulau Bebas daripada tempat-tempat lain yg sediaada seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan sebagainya.

3) Menggunakan apa sahaja yang ada di Pulau Pangkor untuk digemblengkan atau diterjemahkan oleh warga Pangkor kepada pengunjung luar. Warga Pulau Pangkor perlu mengambil peluang dan ruang yang ada.

4) Menjadikan Pulau Pangkor tumpuan untuk pembangunan dengan adanya usahawan yang beretika dan berintergriti tinggi.

5) Saranan YAB Pendana Menteri Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan dengan memiliki budaya usahawanan tinggi dikalangan komuniti setempat khasnya golongan muda agar bidang usahawanan menjadi cita-cita.

6) Sokongan kemudahan infrastruktur dan ekosistem yg baik.

7) Kemudahan modal kepada para usahawan dan insentif yang menarik untuk usahawan berjaya dan berdaya saing.

8) Mempromosikan Pulau Pangkor kepada dunia luar. Pulau yang mempunyai phasarana yang baik.
9) Menggunakan "local product & Nature product" untuk menarik tumpuan pelancong luar.

10) Para usahawanan memerlukan etika memasar produk pangkor yang baik, berkualiti dengan tawaran harga yang menarik.

Semoga peluang dan ruang yang telah ditawarkan kepada pengiat ekonomi Pulau Pangkor ini menepati aspirasi dan bersama bergandingan dengan agensi kerajaan untuk mengapai kejayaan.

Bahagian Kemasyarakatan/Pelancongan
Jabatan Pembangunan dan Komuniti
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment