About

Saturday 24 August 2019

Program Kemasyarakatan Pantai Teluk Batik - 24 Ogos 2019

Hari ini di Pantai PeranginanTeluk Batik, Lumut. Seramai 34 Pelajar Sekolah Menengah Agama Bantuan Penuh Kerajaan Tan Sri Ghazali Jawi, Gerik dan sokongan 5 guru pengiring yang diketuai oleh Ustaz Haji Muhsin bin Mansor telah menjalankan khidmat masyarakat mengutip sampah sarap dan bahan buangan daripada plastik di sepanjang tepian pantai.

Menurut Ustaz, seawal jam pukul 4.30 pagi guru-guru dan pelajar telah berkumpul di perkarangan sekolah bagi menunggu bas semata-mata untuk datang ke Daerah Manjung bagi mengenali Lumut Bandar Pelancongan dan Maritim.

Program kemasyarakatan ini dijalankan sebagai memenuhi tanggung jawab awam bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan pantai kegunaan awam.

Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung





0 Comments:

Post a Comment