About

Friday 28 October 2022

PROGRAM SUKARELAWAN "BAKTIRAKYAT" BANK RAKYAT MANJUNG DENGAN KERJASAMA AGENSI MEMUPUK RASA TANGGUNGJAWAB

 29 Oktober 2022 (Sabtu) - Bertempat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pantai Pasir Panjang, Segari, Lumut telah diadakan Program BaktiRAKYAT Tahun 2022.

Program anjuran Bank Rakyat Manjung ini dengan kekuatan seramai 120 orang kakitangan daripada pelbagai jawatan dan jabatan dari Cawangan Manjung, Seri Iskandar, Meru Raya, Greentown, Medan Gopeng, Jabatan Kelestarian Ibu Pejabat dan Pengurus Cawangan seluruh negeri Perak telah berkolaborasi bersama pihak agensi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Jabatan Perikanan Negeri Perak dan Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 Majlis Perbandaran Manjung.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Nizam Abu Samah, Naib Presiden Komunikasi dan CSR, tetamu lain yang turut hadir ialah Encik N Huzaimi Abd Rahim, Ketua Wilayah Perak, Encik Azahary Kamarulzaman, Pengurus Kelestarian, Tuan Haji Amirudin Muhammad Yusuf, Pengurus Cawangan Bank Rakyat Manjung dan Encik Ramzi Bakar, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 24 (Segari/Pantai Remis)
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah membersih pesisiran pantai dari sampah-sarap hanyut membersih persekitaran kompleks Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, mencuci kolam penyu dan menanam 100 anak pokok pesisir pantai dari spesis Merambong bagi menjamin kelangsungan hidupan habitat penyu yang bertandang ke pesisir pantai tersebut.
Objektif program adalah bagi menjalin hubungan kerjasama strategik bersama agensi Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Manjung dan Jabatan Perikanan disamping memupuk budaya cakna dan empati kepada kawasan pesisiran pantai tumpuan pendaratan habitat penyu.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung







0 Comments:

Post a Comment