About

Friday 28 October 2022

MAJLIS PELANCARAN KEBUN KOMUNITI BANDAR BARU SETIAWAN PERDANA- INISIATIF LAGENDA PROPERTIES BERHAD KEARAH AGENDA PEMBANGUNAN LESTARI (SDG) DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (MPM)

 29 Oktober 2022 (Sabtu) - Bertempat di kawasan lapang Fasa 1, Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP), Sitiawan telah dilaksanakan Majlis Pelancaran Kebun Komuniti Bandar.

Program anjuran Lagenda Properties Berhad dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Pertanian Daerah Manjung dan Persatuan Penduduk Taman Bandar Baru Setiawan Perdana.
Tujuan utama bagi memperkasakan komuniti bandar melalui pendekatan yang kreatif dan inovatif dengan mengoptimunkan tanah dan ruang persekitaran melalui aktiviti perkebunan sejajar dengan komitmen negara memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 2030) dengan membudayakan amalan kehidupan mampan dalam komuniti bandar seluruh negara selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Qudzwatun Hasanah Azlan, Pegawai Pertanian Daerah Manjung. Antara jemputan yang turut hadir ialah Puan Puan Roslina Ihsan, Penolong Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancang Bandar, Puan Zulaila Fitri Yusop, Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung, Cik Meera Bhai Kalimuthu, Ketua Pejabat Pengarah Lagenda Properties Berhad, Puan Wan Zakiah Wan Yacob, Penolong Pengurus Perhubungan Awam, Lagenda Properties Berhad dan Encik Mohd Zunnur Abdur Rahman, Penasihat Jawatankuasa Penduduk Residen 1, BBSAP, Sitiawan.
Objektif program adalah bagi menyediakan ruang hijau untuk menjana sumber makanan alternatif yang segar bagi kesejahteraan dan kelansungan hidup masyarakat khususnya di bandar sekaligus menjana pendapatan disamping mewujudkan perpaduan masyarakat melalui aktiviti berkebun.
Tahniah Kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Penduduk BBSAP, Sitiawan kerana anda.."Berbudi Kepada Tanah, Tanah Tidak Tipu.."
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung






0 Comments:

Post a Comment