About

Saturday 10 October 2020

PROGRAM GOTONG-ROYONG AHLI MAJLIS ZON 10 BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG SITIAWAN, SITIAWAN

 

Program aktiviti sihat yang mudah untuk kesihatan diri terus mendapat tempat di kalangan komuniti Daerah Manjung.

Pagi ini bertempat di sepanjang jalan Taman Desa Sitiawan 2, Kg. Sitiawan Sitiawan di bawah pimpinan Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 10 (Sitiawan) Encik Hamdan Bin Mohamed telah melaksanakan program gotong royong membersih sepanjang bahu jalan.
 
Program adalah anjuran Jawatankuasa Penduduk Komuniti Kampung (JPKK) Kg. Sitiawan bersama Jawatankuasa Masjid Al-Khairiah, Kg. Sitiawan telah memberi dimensi baru kepada bentuk program gotong royong.
 
Gotong royong membersih sepanjang jalan adalah bagi membuang sampah sarap, botol plastik, dan semak-samun lalang yang mencacatkan pemandangan. 
 
Panorama yang cantik akan tercalar jika pemandangan menarik sepanjang jalan dipenuhi oleh sampah sarap, kebersihan tidak terjaga dan rumput rampai tidak terurus dengan baik.
 
#Kredit kepada JPKK & JK Masjid Kg Sitiawan.
 
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti & Sosial
Majlis Perbandaran Manjung




 

0 Comments:

Post a Comment